umno dah habis modal

setelah gagal menggunakan isu perkauman dan gagal dalam menggunakan isu isu pembangunan umno cuba meraih kembali sokongan daripada rakyat yang disiksa dan dizalimi dengan membawa isu keugamaan pula. seperti mana yang diketahui oleh rakyat malaysia yang beragama islam bahawa umno tak pernah serius atau suka bermain main dengan isu isu yang melibatkan agama islam, umno cuba menghasut rakyat yang berugama islam membenci orang orang kafir pula. hasutan umno supaya rakyat yang beragama islam membenci rakyat malaysia yang bukan berugama islam dengan memainkan isu agama islam dan cuba menyeret istana pula kedalam isu isu agama islam. selama 64 tahun penubuhan umno, tak pernah sekalipun umno yang menerajui malaysia berkata walaupun sepatah untuk menjadikan hukum hudud sebagai hukum tertinggi dimalaysia. yang ada banyak tok alim umno atau ulamak yang mencari kebendaan dalam hidup dan tak memikirkan lagi soal haram dan halal dan juga soal kebangkitan dihari akhirat begitu banyak mempermainkan isu isu hukum hudud namun nak membela atau memberikan taraf sebenar hukum hudud dikalangan umat islam umno tak pernah membuatnya atau ada niat pun nak melaksanakan hukum islam ini.

kali pertama umno cuba menghasut rakyat dipulau pinang yang mana isu doa kepada lim guan eng dijadikan berita utama. penuh mulut orang umno bahawa salah dan berdosa mendoakan orang kafir. ramai mufti tok lebai dan ulamak ulamak muda memberikan penjelasan dan mentafsir ayat alquran demi kepentingan peribadi mereka. durjana sungguh umno ini. sanggup dia menipu rakyat malaysia bahawa mendoakan orang kafir agar lembut hatinya menerima islam adalah menyalahi hukum islam. aku pun heran dengan umno ni. sejak bila umno ni suka dan gembira dengan orang islam. walaupun solat bersama dalam satu masjid tapi hatinya tetap akan melawan hukum allah. selesai solat aje dah lawan hukum allah. ngo ngo dan yang paling utama kedepan ialah perkosa yang dipimpin oleh berahim ali yang sah sah menolak hukum islam. demi pangkat, wang dan kuasa dia mempermainkan pas dengan selambanya. menyokong dan menjunjung dasar kafir dah menjadi darah daging berahim ali. isu isu doa kembali sejuk kerana ada penjelasan dibuat oleh ulamak yang berterusan menentang umno. rakyat islam dah boleh menerima penjelasan.

isu kedua berlaku di selangor, umno dengan lidah blogger celaka dan juga media massa terutama utusan dan tv3 suku memainkan isu isu dap masuk surau. ketua mais khusrin dengan lantang mengatakan bahawa orang bukan islam tak boleh masuk surau. fatwa khusrin cukup senang dan oleh kerana khusrin diketahui bahawa terlebih umno dalam menangani isu ini, mulut khusrin dengan petah mengatakan bahawa islam melarang wanita bukan islam dan dikatakan dalam keadaan berhadas besar dan dilarang masuk kedalam masjid atau surau. isu tudung kepala dimainkan. bodoh dan bangang khusrin ini rupanya tak kenal mana orang islam dan orang kafir. kalau pergi ke masjid negara pun orang bukan islam wanita boleh memasuki dewan utama asalkan menutup aurat. oleh kerana lama sangat berada dalam keumnoan, khusrin sampai dah tak kenal mana satu islam dan mana satu kafirnya. yelah wanita umno kebanyakkan tak bertudung kerana bagi mereka bertudung akan menjadikan mereka sebagai muslimat pas. jadi untuk mengelakkan bertudung pakailah selendang untuk menutup jambul didepan.

jamil khir bekas boss kagat dengan lantang mengatakan sebelum mengizinkan orang bukan islam masuk masjid atau surau kena bertanya kepada jakim. bodoh dan bebal jamil khir rupanya. setiap kali orang kafir nak masuk surau atau masjid kena tanya beliau dulu kalau kafir mca dan mic bolehlah kot kalau kafir dap mesti tak boleh. bodoh dan bebal agama jamil khir. oleh kerana dah lama makan makanan tidak halal jamil khir dah jadi semakin bingung dan biol sebiol khusrin. oleh kerana jamil khir banyak membuat onar selepas dilantik menjadi menteri dijabatan perdana menteri. ugama islam dipermainkan oleh masitah dan disambung oleh jamil khir. masitah dulu mempermainkan hukum hudud dan sekarang jamil khir meneruskan usaha umno untuk mempermainkan ugama islam. jadi tak salah kalau umno dikatakan tak mahu kepada islam menerusi tindakan dan perbuatan dan juga lidahnya.

dizaman kemenangan islam, orang bukan islam dah mulai nak mendekati masjid dan surau. apakah kita tak berbangga bagaimana orang bukan islam cuba untuk mendekati agama islam. dap masuk surau bukannya menyampaikan tazkirah sebagaimana kata orang umno tapi hanya memberikan ucapan biasa. terlampau jauhnya umno dengan agama islam sampai tak tahu menilai yang mana ucapan biasa dan tazkirah. bila bercakap dalam surau mesti tazkirah. bodoh bin bangang sangat rupanya khusrin. kebodohan khusrin diteruskan oleh ngo ngo yang kononya memperjuangkan islam lebih dari orng lain. bertempik berdemo sampai hilang suara kerana panas membahang disiang hari berpuasa. tak tahu apa yang diperjuang. berdemo semoga akan mendapat habuan dari umno. kalau tak ada habuan yang dihajati mampus tak ada siapa yang hadir berdemo pun. umno akan terus kecewa dengan isu ini kerana umno gagal mencari lagi salah dan silapnya pakatan rakyat sekarang.

Ulasan