tabung dna

jika malaysia mengiktiraf penubuhan tabung dna rakyat malaysia, banyak implikasi buruk akan berlaku dalam negara ini. jika tabung dna ini diterus sebagaimana kata ketua polis selangor, kerajaan akan lebih kejam dan zalim lagi. walaupun tabung dna ditubuhkan untuk kebaikan kerana mahu mencari siapa tuan punya bayi yang dibuang secara kejam dan zalim oleh penzina laknaktullah. kerajaan umno yang telah diketahui bahawa akan sentiasa menggunakan perkara perkara ini untuk tujuan mencelakakan sesiapa saja yang mereka tidak mahu dan yang sentiasa menentang mereka. jika akta ini diadakan bermakna sesiapa saja di malaysia akan terdedah kepada bahaya kerana jika dna dah berada ditangan mereka bermakna bukti yang diadakan akan menjadi sah tarafnya kerana adanya akta penyerahan dna.

apakah dah dilupai bagaimana nuar berahim telah ditipu dan didapati menyerah sample darah kepada polis dan akhirnya nuar berahim merengkok dalam penjara kerana bukti diadakan telah berjaya menyakinkan tuan hakim yang bijak sana lagi adil dan saksama. kali ni nuar berahim dah cerdik tak lagi menyerahkan sample darah dna kerana sample yang lama tak laku lagi jika diadakan bukti. kes kes begini akan lebih cepat digunakan kepada sesiapa saja yang menentang umno. walaupun ada sedikit kebaikan tetapi banyak buruk dari baiknya. kes pembuangan bayi tak akan berlaku jika sekiranya manusia menerima hukuman ilahi. kejahatan manusia hanya akan kendur jika hukum dari ilahi dilaksanakan. betapa kerdilnya hukuman sesama manusia. hukuman manusia bukan bersifat keadilan tapi ia hanya dijadikan bahan dagangan murahan kepada yang mencipta hukuman manusia.

walaupun dikatakan tabung dna hanya akan digunakan kepada kes kes tertentu tapi tak ada yang mustahil dimalaysia. undang undang yang ada dilanggar sewenangnya. tak ada kuasa yang mampu menahan umno dan barisan nasional jika mereka menggunakan tabung dna ini untuk mengekalkan kuasa mereka. bodoh dan bangang kepada sesiapa yang mengutarakan pendapat dan setuju kepada penubuhan akta dna dimalaysia. tak perlu kepada dna kerana ada lagi cara untuk mencari ibu bapa yang celaka ini. polis malaysia adalah antara yang tercekap didunia. kenapa tak gunakan kepakaran mereka mencari siapa manusia durjana yang sanggup membuang bayi bagaikan buang sampah. hukuman hendaklah dijatuhkan bersama ibu dan bapa bukan macam sekarang hanya ibu yang kena. bapak celaka tak dihukum dan terlepas. bapak celaka ini akan meneruskan aktiviti celakanya kepada ibu lain pula.

Ulasan