sebelum ziarah syawal

hari ini 17 ramadhan, hari nuzul quran. jumaat sebelum program ziarah dengan 4 soalan budak dari seremban. budak yang tak berapa cukup akal akan menziarah jemaah rhusila dan tok guru presiden pada syawal ini. presiden pasreform satu pertubuhan haram yang beroperasi di seremban dengan sokongan beberapa pemikir agung akan menziarah rhusila dengan 4 soalan yang sudah lama terpendam, bertanya seperti orang gila yang tak makan ubat sakit mental. untuk memilih pemimpin kenalah memilih pemimpin yang berasal negeri dan daerah yang sama dengannya. sejak bila budak tak cukup akal ini bersetuju dengan politik kedaerahan yang mana dulu menentang habis habisan pemilihan hiraki pemimpin dalam parti politik mengikut daerah dan negeri. kalau pemimpin nak dipilih kena dipilih dari daerah seremban kerana senang dia nak axcess maklumat sebab dia blogger bebas dan tidak bertamaddun. begitulah tulisan dia.

sebelum nak betulkan jemaah rhusila, betulkan dulu kes simbah cat di seremban, taman pulau impian di sikamat. jemaah seremban (pasreform) sepatutnya selesaikan dulu kes simbah cat oleh budak yang sama tak cukup akal dengan presiden pasrefom. jangan duk sibuk nak bertanya 4 soalan yang dah tak memberi erti diwaktu ini. bersihkan dulu surau yang disimbah cat sebelum duk sibuk nak mari ke rhusila. surau kat seremban pun tak terjaga duk sibuk nak jaga masjid rhusila. atau datang nak simbah cat juga kat masjid rhusila. pertahankan dulu surau dan masjid kat daerah seremban dulu sebelum banyak lagi kes seumpamanya berlaku, jangan sampai orang bukan islam simbah cat pula ke muka adukatarakguna.

banyak masalah yang perlu diselesaikan sebelum datang ke rhusila, satunya kes penipuan penjualan tshirt yang masih belum selesai sampai hari ini, macamana nak jadi pemimpin awal awal lagi dah tak mampu selesaikan masalah sekecik itu. kalau idea secanggih hitler pun belum tentu boleh jadi pemimpin yang baik. berfikir berlapis lapis macam kuih lapis belum tentu hebat kerana kes sekecik penjualan tshirt belum lagi selesai. baju budak budak pasti yang disibukkan. baju budak pasti bukan settle kerana maki dari adukatarakguna, walaupun lambat ia dapat diselesaikan dengan baik. tapi macamana dengan kes t shirt pertubuhan haram yang sudah memakan duit orang ramai yang membeli tapi barang tak dapat dapat. apakah ini lambang pemimpin yang bermaruah, kekal bebas tak semestinya dapat balun duit orang masuk kocek dengan sewenang wenangnya.

kes pungutan derma untuk tabung adukatarakguna yang dilokapkan, sampai hari ini tiada khabar berita, dulu mahu bagitahu sebanyak mana wang telah masuk ke akaun dan mungkin akaun dah dikosongkan kerana banyak perbelanjaan untuk datang menziarah rhusila dan sewaktu projek melanggar baru baru ini. siap dapat beli mc dan tiket bas kepada pengikut setia yang datang dari seremban. dulu duk bising pasal derma yang dipungut oleh pas, sekarang senyap je bila duit derma masuk poket sendiri. penganjur kutipan derma pun senyap je sekarang. tak mahu hebohkan berapa dah masuk ke akaun dan berapa yang sudah dibelanjakan kejalan yang benar dan untuk projek melanggar.

kalau datang menziarah nanti kalau tak cukup duit boleh le kutip derma lagi. atau mintak sponsor dari penyokong pasreform. kalau banyak sangat masa bolehlah menyediakan fakta kes untuk bulan oktober nanti. lama dah masa diberikan untuk mempersiapkan diri dalam fakta kes, jangan duk sibuk nak menziarah nanti ada yang akan menziarah sungai buluh. pemimpin yang baik perlu tahu bahawa yang mana penting yang mana tak penting. dalam duk sibuk sibuk nak menziarah jangan lupa apa yang akan mendatang. bulan september dah menjelang dan tak lama lagi oktober. ingat bulan oktober jangan lupa pulak nak hadir nanti masuk balik dalam lokap macam raja azmi. sibuk sibuk menziarah pun jangan lupa

Ulasan