riuh umno

umno dengan lidah media massa terutama utusan dan tv3 suku yang mengekplotasi isu yang remeh temeh. isu negara yang diludah oleh mat indon disepikan. betapa baculnya kerajaan malaysia dalam menghadapi karenah karenah mat indon yang sengaja mencabar kedaulatan malaysia sebuah negara yang merdeka. menteri dijabatan perdana menteri jamil khir pun tumpang sekaki memberikan kenyataan bodoh dan bangang. isu isu mp dap masuk ke surau atau masjid bukan persoalan yang menjadi tajuk perbincangan utama. apakah dap yang masuk ke surau memberikan ucapan bukannya tazkiran hanya sekadar ucapan biasa. pemimpin dap itu tak memberikan ucapan keugamaan pun. yang umno duk sibuk siang malam melalak dan melolong bagai disampuk polong kenapa pulak.

isu negara perairan negara diceroboh, pegawai kerajaan imigresen makan rasuah tak pula menjadi agenda umno. dap masuk surau tak menjejaskan akidah umat islam pun. bukan dap masuk surau dalam keadaan bogel atau memberikan ucapan dalam bentuk menyebarkan agama lain kepada umat islam yang solat disurau itu. betapa bodohnya khusrin memberikan kenyataan kepada akhbar menggambarkan betapa umnonya khusrin daripada umno sendiri. kenyataan khusrin biasanya akan menggunakan istana dalam kenyataannya. ngo ngo pun tumpang sekaki dalam usaha membawa pakatan rakyat bermusuh dengan istana. isu isu negara sepatutya menjadi pokok utama tapi tidak dihiraukan. agenda politik diteruskan demi survival kuasa umno.

untuk menyambut raya umno pula melakukan upacara hari raya dulu dalam melaksanakan impian mereka untuk kembali berkuasa dengan mendapat majoriti 2/3. jadi sebelum raya sebenar berlaku mereka cuba berhari raya dengan isu isu bangang yang tak memberikan sedikit faedah kepada rakyat yang sedang menderita akibat kezaliman umno itu sendiri. permainan umno tua dah tak selicik dulu lagi. dulu mampu membawa berpusing 360 darjah pengundi untuk memberikan undi kepada mereka. usaha usaha mereka menemui jalan buntu sampai ke hari ini. oleh kerana umno dah tua dan semakin nyanyuk maka kudrat dan iradat tak berfungsi sepertimana diwaktu belia dulu. segala silat cekap, silat gayung silat tempayan mudah dibaca oleh pakatan rakyat. najib dan muhyidin dah kehabisan idea sampai botak kepala memikirkan bagaimana nak buat lagi untuk memastikan mereka terus berkuasa lagi selepas pru yg ke13. riuh hanya umno sahaja, tak ada lagi yang menyambut riuh mereka. bertepuk bersorak sorai hanyalah umno seorang. umno seolah inang tua tak laku lagi untuk melakukan persembahan. orang dah muak jelak dan muntah sampai keluar isi perut dan dengan tali perutnya sekali.

Ulasan