propaganda umno

isu isu yb yb dap masuk masjid dan surau diselangor dimainkan dengan begitu hebat di media massa dan juga blog upahan umno. sampaikan yang tak tahu mandi junub pun sibuk bercerita tentang hukum hukum islam mengenai orang bukan islam masuk surau atau masjid. di terengganu umno melalui unit perang saraf telah melancar propaganda tentang isu yb dap masuk surau dan masjid. isu ini dihangatkan bahawa yb dap nak mengambil alih pengurusan masjid atau surau. suara dari istana sengaja di bawak masuk ke dalam isu ini. bersungguh sungguh benar perang saraf ini berlaku sekarang. didalam bulan puasa yang penuh dengan keberkatan pun masih ada lagi yang menimbulkan fitnah sebagaimana awang celaka semalam. mungkin tak berapa lama lagi ada versi cetakkan dari umno dalam usaha mereka menarik kembali sokongan orang islam kepada mereka.

kat kampung aku riuh dengan suasana ini. dalam kedai kopi selepas tarawih pun dijaja isu isu ini. sambil minum kopi selepas tarawih puak puak umno bersembang sumbang. sengaja menguatkan volume bagi aku dengar. aku sebenarnya malas nak layan isu isu ini tapi kalau bodoh dan bangang sangat kenalah menjawabkan. tak akan kita nak kasi peluang kepada umno yang sentiasa bodoh dan akan terus bodoh dipersada politik tanahair. yang hebatnya penyokong umno walaupun bulan puasa mereka boleh menambah cerita yb dap masuk surau dengan pelbagai versi. baru lepas sujud tarawih dan sujud witir tapi lepas salam terus bukak cerita fitnah. apakah puak umno ni tak faham apa hukum fitnah. puak puak penyokong umno merasakan mereka boleh makan pas dengan isu baghal dan sengal ini. isu isu perkauman umno dan isu isu agama islam dah tak boleh buat umno cari makan lagi. dulu isu pembangunan tapi nampaknya dah tak berapa nak jalan selepas rakyat sedar yb yb umno mewah selepas menjadi yb dulu naik kereta wira sekarang merc yang berapa siri.

tapi berita karut yang aku tak tahan nak dengar ialah dap nak ambil alih pentadbiran masjid dan surau, kata mereka di penang nun, lim guan eng tengah merancang nak ambil alih pentadbiran masjid surau. sekarang dap tengah tengok reaksi rakyat dulu kat selangor kerana pkr yang berkuasa jadi kalau semua berjalan elok je, lim guan eng kat penang boleh mengambil alih pentadbiran masjid surau, perlantikkan imam bilal siak akan dipantau dan perlu kelulusan oleh lim guan eng dulu. bahaya melayu ini kata mereka. dalam duk kutuk dap sempat le mereka belasah pas. kononnya pas bersetuju yb dap masuk surau, orang bukan islam dibenarkan masuk surau kata mereka apakah jenis islam pas ni, kalau dengan umno bukan main nyaring lagi. sambil sindir tengok aku dia ingat aku tak menjawab le sebab isu ini dikira umno menang.

apa barang umno nak makan aku, isu apa apa pun umno tak boleh makan pas punya. mung ni diam je napa setuju ke yb dap masuk surau. aku pun jawab sambil minum kopi, ya aku setuju, apa bodoh mung ni orang kafir masuk surau setuju. aku jawab alah iblis dan syaitan masuk surau dan masjid bakpe mung dok bising, ni manusia abih kuat kerja dia menghasut kita dengar bagaimana dengan hasutan iblis dan syaitan yang menghasut lepas solat lepas sujud dah buat fitnah, kenapa mung semua dok bising pun. ada ke yb dap tu hasut orang islam supaya tinggalkan islam, ada ke dok, heheeh senyap semua. alah dengan orang umno di tak boleh jawab secara intelektual kena jawab cara biasaje. yb dap hadir jugak ke surau masjid meraikan orang berbuka yang yb yb umno terengganu ni seekor pun tak mari hadir meraikan orang kampung berbuka. kalau majlis orang pas buat haram yb umno nak hadir. kata islam bersaudara tapi bila panggil ajak berbuka sama mampus tak mai pun.

yang kes lim guan eng nak ambik alih pentadbiran masjid surau tu ok gak sebab, yb dap hadir gak ke masjid surau walaupun dok sembahyang, ajk ajk masjid yang berugama islam pun tak datang untuk mengimarahkan masjid. kadang kala yang datang hanya solat hariraya je. itu pun setahun sekali. kalau tak lantik mahu mengamuk sepanjang tahun. yb dap tengok jugak masjid surau hulur bantuan. itu sebagai perang saraf je bagi orang umno takut sikit, yang sebetulnya lim guan eng sampai mampus tak boleh ambik alih pentadbiran masjid surau pun, kan kat penang agung yang berkuasa kepada majlis agama, itu pun mung orang dok tahu ke, macam kat terengganu gak sultan berkuasa penuh kepada jabatan agama termasuk perlantikkan mufti. itu kuasa yang sultan ada dan tak pernah dikurangkan walaupun sedikit. kita bulan posa ini janganlah duk tabur fitnah walaupun kat orang kafir macam lim guan eng tu, walaupun dia kafir tak boleh kita buat fitnah kat dia. diakan makhluk tuhan juga. islam tak ajar kita boleh mengfitnah orang kafir. mana ada hukum islam yang membolehkan kita boleh fitnah orang kafir kalau ada mung cakap kat aku aku nak tahu gak kalau aku dok tahu.

itulah orang umno cepat sangat percaya kepada khabar angin ni. suka sangat berimankan benda benda tahyul. tazkirah lak aku malam malam ni. nak buat camno politik dimalaysia sepanjang masa dan detik berlangsung. sekurangnya aku masih dapat mempertahankan islam dari terus dicemari oleh golongan umno ni. suka suka je tabur fitnah. fitnah dan jadi macam air sejuk bagi mereka tak minum terasa dahaga lak. selepas tazkirah aku belanjalah mereka minum. saja nak ambik hati mereka yang sudah calar balar kena tazkiran. tak apa esok malam ada lagi. orang yang sama berdebat, bersinggung, sekeh sikit sikit. nak buat macamana lagi memang begitulah nasib penyokong parti masing masing. ada aje idea nak bagi parti masing nampak hebat. yang pasti umno akan pasti bungkus diterengganu kerana umno pernah bungkus dulu dan tak mustahil ia akan bungkus lagi kerana kekurangan wang ehsan. duit ehsan banyak masuk poket kroni dari rakyat terengganu sebagaimana sewaktu pas memerintah. ayuh kita penuhkan poket poket kosong rakyat dengan duit ehsan kembali.

Ulasan