projek sebelum raya

mat said mb terengganu yang gong lagi bodoh sombong meneruskan projek gila dia yang mana akan terus membahagikan kurma dan air zam zam semperna bulan ramadhan yang mulia ini. kesempatan bulan ramadan ini diambil terus oleh kroni mat said untuk terus membahagikan kurma dan air zam zam. projek gila mat said ini telah ditentang hebat oleh adun kerajaan dan juga pembangkang. setelah menerima wang tambahan dari dewan undangan baru ini, mat said dengan senyum mengumumkan pembelian kurma dan air zam zam untuk rakyat negeri terengganu. tahun ini murah sikit kat mat said kerana kurma akan dipesan dari tunisia. dan aku bimbang air zam zam pun dari tunisia kerana nak murah. yang sebenarnya murah bukan sebab harga dari negara mana pun mat said beli, yang mana banyak boleh untung dan komisen hasil projek kurma dan air zam zam. kelulusan segera dan pembayaran segera dilakukan sebelum syawal menjelma.

projek membazirkan duit rakyat ini diteruskan oleh mat said. jkkk akan bertanggungjawab mengagihkan bekalan kurma dan air zam zam. tahun lepas jkkk membahagikan dengan cara ringkas je, letak aje atas pagar dan ditinggal. tak kiralah samada tuannya ada ke tiada. dan yang menjadi keajaibannya sampai ke hari ini masih ada lagi stok tersimpan didalam rumah jkkk kerana jkkk malas nak membahagikan dan ada juga kawasan yang jkkk rasa tak perlu dibahagikan kerana ramai sangat penyokong pas. setelah dibelasah oleh rakan dan musuh dalam dewan mat said sampai sanggup bersumpah yang projek ini dia tak makan komisen dan projek tulus ikhlas ini dilakukan untuk kebaikan rakyat terengganu. mana ada negeri dimalaysia berbuka puasa dengan adanya air zam zam dan kurma nabi. betapa islamnya mat said. dapat berbuka puasa dengan kurma nabi dan air zam zam. negeri lain haram nak dapat air zam zam dan kurma dari kerajaan negeri. negeri kelantan yang dikatakan serambi mekah tak buat projek ini.

Ulasan