politik gaya amanu

timb presiden amanu muhyidin mengeluarkan kenyataan amaran kepada uncle chua soi lek. jangan buat kenyataan yang menyinggung perasaan kaum lain terutama kaum melayu. aku tercari cari dimana suara perkosa berahim ali senyap aje, selepas bertikam lidah dengan khairy hari tu berahim menyepi diri, sibuk bermain facebook ke? amanu memang akan mengekalkan gaya politik bangang. dari dulu kini dan selamanya. muhyidin masih tak sedar diri kata uncle chua porno. amanu tak akan sedar diri selagi tak dipunggah dari akar dan dicabut tunggulnya. politik gaya amanu sukar menerima kecerdikan orang lain dan akan selalu menyalahkan orang lain adalah gaya politik amanu. amanu tak akan menerima padangan orang lain kerana beranggapan yang malaysia adalah kepunyaan mak bapak amanu.

uncle chua porno kata dia tidak mempertikaikan hak istimewa orang melayu, dia hanya mencadangkan tentang ekuiti penguasaan bumiputra dalam perniagaan. sekali tengok betul kata uncle chua porno tapi kalau melibatkan ekuiti ianya memang kena mengena dengan hak istimewa orang melayu. oleh kerana kedua duanya pemimpin bn yang bangang maka berbalah le mereka sesama sendiri sehingga tamat pru yg ke 12, selepas itu mereka akan kembali ketawa bersama sama selepas berjaya membodohkan rakyat dengan lakonan mereka. apco berjaya membuatkan rakyat merasakan mca akan khianat kepada amanu dan amanu khianat kepada mca dan akhirnya rakyat yang berbeza kaum akan mengundi kaum masing masing. itulah kejayaan nasihat dari apco yang dibayar dengan harga mahal. idea yang canggih membentuk perbalahan untuk meraih undi sahaja.

mca dan dap sudah bersatu dari dulu kini dan selamanya. sejak bila mca bergaduh dengan dap, hanya amanu yang bergaduh dengan pas dengan sebenarnya gaduh. mca dan dap selalu berlapang dada apabila hak kaum cina disentuh. pelajarilah gaya politik baru yang mana bergaduh hanya untuk tatapan rakyat dan dibelakang mereka berkongsi apa yang sepatutnya dikongsi bersama. yang hanyut adalah amanu. penyokong amanu akan terus hanyut ditelan zaman kerana teramat gembira mengimbau kenangan lalu iaitu dizaman kegemilangan amanu sejak 50 tahun dahulu. rekod amanu yang panjang terus diceritakan oleh awang batil. pemimpin amanu akan terus terlena dengan kehebatan masa lampau mereka dan mereka akan terus bermimpi sehingga hilang kuasa, dan kita amat berharap amanu terus bermimpi mereka masih dipuncak kuasa.

Ulasan