perjuangan pembangkang

dimalaysia perjuangan parti pembangkang sudah bermula sebelum kemerdekaan lagi. agenda pembangkang adalah membawa tanah melayu bebas dari penjajah dan sekarang membebaskan malaysia dari anak didik penjajah. rakyat perlu sedar betapa penting pembangkang dalam malaysia. tanpa pembangkang sudah lama malaysia punah ranah oleh umno dan barisan nasional. suara pembangkang masih lagi menakutkan umno walaupun berada dipuncak kuasa dimana lalu. dan suara pembangkang makin kuat bergema dan ini menambahkan ketakutan kepada umno dan apa saja yang dibuat oleh umno dan gerombolan jahatnya akan berdepan dengan pembangkang dahulu sebelum melakukan kedurjanaan dimalaysia. umno dah jauh ketinggalan dalam suasana sekarang. ia masih belum sedar sedar dari koma yang panjang. masih bermimpi dengan kuasa yang mereka cuba kekal sehingga bila bila. selagi ada bulan dan matahari.

sebahagian besar rakyat dah mulai faham erti perjuangan pembangkang. dan sebagai pembangkang suasana dah mulai berubah sekarang. sokongan dah meningkat bukan kerana kebencian kepada umno tetapi pemikiran rakyat dah mulai berubah. walaupun rakyat benci kepada umno namun tak akan memberi undi kepada pembangkang sebagaimana kata kata blogger tersohor dialam maya rakyat benci kepada umno. rakyat sudah menilai erti adanya pembangkang dalam malaysia. kebencian kepada umno dan dalam umno sendiri memuncak dalam tahun 1999 tapi umno dan barisan nasional tidak tumbang sedikit pun walaupun hanya 2 negeri dikuasai pembangkang. dari kecil sampai ke tua penyokong umno benci kepada umno tapi tak sedikit pun meruntuhkan tembok kekebalan umno. jadi dimana isunya yang dikatakan rakyat membenci umno sampai tumbang 5 kerajaan negeri.

hari ini umno menggunakan lidah mufti pula untuk menimbulkan kekeliruan dalam hati rakyat. mufti dijadikan sebagai strategi awal untuk memerangkap umat melayu yang berugama islam yang mana dah mulai menyokong pembangkang. lidah mufti digunakan sepenuhnya untuk memecah belahkan dan menimbulkan rasa ragu dalam hati jika beralih arah menyokong perjuangan pembangkang. perjuangan kaum mulai ditiupkan oleh umno dan barisan nasional. orang melayu diberikan amanat dengan lidah mufti dan cina diberi lidah uncle chua porno yang mana cuba mewujudkan suasana tak sihat dikalangan rakyat berbilang bangsa dan keturunan. sedikit masa lagi kaum india pula cuba digunakan untuk kepentingan umno, mca dan mic. umno berharap mereka dapat meraih undi dari semua komponen barisan nasional dengan berjuang melalui kaum. mereka akan cuba menarik sebanyak mungkin undi yang telah terlepas ke tangan pembangkang. pembangkang perlu sedar bahawa umno dan komponen tak pernah bergaduh dan mereka tak akan bergaduh kerana mereka semuanya perompak dan penyamun duit rakyat. setiap kali menang pru mereka akan membahagikan harta rakyat diantara mereka.

Ulasan