memahami perpecahan melayu dari pandangan sisi

membaca tulisan blogger tersohor yang tersangkut dipintu macc dan keyakinan beliau bahawa macc akan menahan dan mendakwa tok guru nik aziz dengan tuduhan rasuah adalah tidak terjadi sebagaimana firasatnya. dia semakin terpinggir dan kembali ia menjadi umno sebagaimana dulu ia tak pernah jadi pejuang melayu. berjuang dalam umno hanyalah untuk mencari sesenduk nasik dan akhirnya terkaku dipintu perkauman yang sempit. perpecahan melayu yang difaham oleh kickdefella terlalu lemah selemah pemikiran bodoh dan bangangnya terhadap perjuangan islam. perjuangan melayu yang tertanam dalam dirinya jelas menggambarkan betapa bodoh dan bangangnya kickdefella. menjadi pemuja cik det mantan pm malaysia dan sekarang cuba menjadi pencacai kepada najid selepas dihumban dan disepak ke longkang kerana kerja kerja bodohnya dalam kerajaan kelantan. oleh kerana kehilangan sumber pendapatan dan sumber pendapatan baru perlu dicari maka jadilah ia pencacai no wahid kepada najid sekarang walaupun sampai mati beliau akan nafikan.

pemahaman sudut perpecahan melayu hanyalah wujud dalam imaginasi blogger hebat ini, melayu tak pernah berpecah kerana yang berpecah hanyalah umno sebagaimana blogger hebat ini membenci pak lah mantan pm yang juga dari umno. ia lari dari pak lah dan menyertai husam untuk meneranjang pak lah dari singgahsana di putrajaya. dan blogger hebat ini mengwar warkan bahawa pak lah jatuh adalah hasil kerja dia dan beliau mendapat habuan sebanyak 4 juta ringgit malaysia dan selepas pak lah jatuh kononnya hasil gerak kerja beliau cuba untuk meneranjang tok guru nik aziz dan husam musa pula. ia berharap akan mendapat lebih dari 4 juta untuk habuan sebagai kejayaan beliau meneranjang husam dan tok guru nik aziz. sampai hari ini kickdefail masih lagi gagal untuk menempatkan diri sebagai blogger umno yang kaya raya walaupun dah banyak kali menulis kegagalan kerajaan kelantan. bukti tak ada cuma auta dan fitnah yang dikemukakan. oleh kerana tiada fakta yang dikemukakan oleh kickdefail maka macc tak dapat mendakwa dan menangkap tok guru nik aziz. rekaan fitnah blogger ini gagal sama sekali kerana walaupun dikatakan ada hubungan rapat dengan husam dan dapat mengexcess fail fail penting dalam pmbk jelas ia masih gagal kerana bukti penting tiada. sungguh memalukan kerja bodoh dan bangang dibuat. sampai hari ini tok guru masih belum didakwa oleh macc sebagaimana keyakinan yang dilemparkan dalam blognya.

orang melayu yang berugama islam masih boleh meneruskan kekuasaan dimalaysia dengan menyertai pas, kerana hampir 99% ahlinya sekarang adalah orang melayu. jadi tidak timbul melayu berpecah. kenapa hanya umno yang dilihat melayu, kenapa pas dilihat sebagai parti orang melayu juga. pas tak pernah melantik seorang cina atau india atau bangsa lain sebagai pemimpin utama mereka. pas sudah berkongsi kuasa dengan bangsa lain sebelum umno lagi kerana pas tak wujud parti yang banyak didalamnya. cina dan india dan juga orang melayu sudah bersatu didalam pas. kenapa kickdefail masih mahu umno yang kekal berkuasa, cuba faham dulu mana melayu. pas sampai hari ini menggunakan bahasa melayu dalam memberikan makna pas dan umno masih menggunakan bahasa inggeris bukan bahasa ibunda disini telah terletak perbezaaan antara melayu umno dan pas. ini hanya contoh kecik untuk kickdefail memahami perpecahan melayu.

kalau nak membodek dan menjadi pencacai pun jangan jadi terlampau bodoh dan bangang. ahli pas tak pernah bagi 4 juta kepada ahlinya untuk menjatuhkan pemimpin pas sendiri, perpecahan melayu dimulakan oleh umno sendiri. melayu merempat dibumi sendiri adalah angkara umno dan yang menjadi pendokongnya adalah orang seperti kickdefail yang bersetuju dengan korupsi dan apa jua bentuk penyelewengan dan juga maksiat. umno sendiri tak pernah membela nasib orang melayu. itulah celaka dan durjananya umno yang disokong oleh kickdefail. tunjukkan satu benda yang dibuat oleh umno yang boleh membuatkan melayu rasa sangat terhutang budi kepada umno. jawapan dia zero. umno tak akan menolong bangsanya sendiri kalau bukan ada keuntungan untuk dirinya sendiri. felda diwujudkan untuk bangsa melayu tak ada seekor pun bangsa lain dalam peneroka felda dan kita boleh melihat bagaimana organisasi felda membodoh dan membangangkan melayu peneroka. ugutan sentiasa dilekat dipintu rumah peneroka felda jika menentang akan ditendang keluar dari felda. felda rugi berbillion kerana diuruskan oleh pemimpin umno. mana ada syarikat yang diuruskan oleh umno akan untung selamanya. ia tak akan bertahan lama kerana dasar umno adalah baham selagi boleh. apa nak jadi kemudian kira.

pemahaman tentang orang melayu tentang perpecahan oleh kickdefail adalah sangat kecik dan kickdefail gagal membuktikan bahawa dia seorang melayu tulen. melayu tulen akan faham masalah orang melayu. sampai kehabis tulisan kickdefail hanya bersandarkan fakta yang tak berapa jelas. kickdefail cuma bimbang umno kehilangan kuasa diakhir zaman ini. itulah yang menjadi pokok perbincangan kickdefail bukannya susah sangat nak faham tulisan kickdefail. kickdefail sepatutnya menulis bagaimana nak menaikkan kembali umno dan bukannya menulis tentang perpecahan melayu yang mana sampai habis tulisannya ia masih bertunjangkan umno sebagai melayu dan parti lain bukan melayu. kickdefail menulis tentang perpecahan umno yang mana duk sibuk mencari cari bagaimana nak membelasah duit rakyat. itu hakikat sebenarnya perpecahan melayu. jangan nak menipu dan berselindung dibalik lalang. kalau najid tak jadi pm pun ia tetap kaya raya sebagaimana kayanya anak pak lah dalam scomi. sebagaimana kayanya khairy menantu paklah. melayu lebih rapat jika umno dikuburkan. kerana melayu dapat bersatu dari berpecah dengan tiadanya umno di bumi malaysia ini.

Ulasan