jangan terperangkap

mainan api perkauman terus ditiupkan oleh umno dan sekutu kutunya. walaupun dengan apa caranya sekalipun api perkauman akan terus ditiupkan oleh umno. isu terbaru umno dengan cubaan mengaitkan lim guan eng dengan istana negara. najib dah join sekaki meniupkan api perkauman itu. diharap pemimpin pembangkang tidak mudah terperangkap dengan mainan api perkauman yang cuba dimainkan oleh umno dan barisan nasional. uncle chua porno jelas sekali cuba bermain dengan api perkauman dan muhyidin dan hishamudin telah bermain bersama sama sekali. mereka mengharapkan rakyat akan bersama sama mereka bermain dengan api perkauman yang cuba dijauhkan oleh pemimpin pakatan rakyat.

tuan guru presiden pas dah menyeru kepada semua rakyat agar rakyat berhati hati dengan tektik dan strategi terdesak umno untuk mengekalkan kuasa mereka yang hampir padam di malaysia. umno sudah hampir untuk ditalkinkan kerana keranda dan liang lahad sedang menanti jasad mereka. sebelum mereka ditalkin oleh rakyat maka umno dan barisan nasional akan mencari apa saja untuk memastikan mereka akan bernafas walaupun dengan talian hayat hanyalah bergantung kepada api perkauman. seluruh dunia sudah menyaksikan jika ditiup api perkauman bermakna sesebuah negara tidak akan aman dan senang pihak pemerintah memerintah selama mungkin. rakyat perlu berfikiran rasional dalam usaha menjatuhkan umno dari puncak kuasa yang mereka pegang selama ini.

Ulasan