jalan untuk islam berkembang

timb pengerusi dap tan seng giew dan bagi kenyataan yang orang islam boleh melaksanakan hudud untuk penganut agama islam. walaupun hudud menakutkan orang bukan islam dan juga menakutkan orang islam itu sendiri, ia dilihat sebagai kenyataan pemecah kepada benteng yang telah melingkungi pas dan dap selama ini. barisan nasional melalui lidah umno sudah hampir 50 tahun menggunakan isu hudud ini untuk memisahkan dua parti yang berbeza perjuangan tapi satu matlamat adalah mencari keadilan untuk rakyat. umno terkena pukulan maut oleh kenyataan dap ini. dan kenyataan tan seng giew begitu bermakna kepada umat islam yang mana dap tak akan menghalang undang undang hudud dilaksanakan kepada penganut islam. walaupun beliau berkata banyak lagi keperluan yang mendatang yang terpaksa diharungi dan juga memerlukan penelitian yang mendalam. kenyataan ini sepatutnya disambut oleh pas dengan perasaan terharu dan alhamdulilah. akhirnya hukum allah boleh dilaksanakan kepada umat islam dan inilah perjuangan yang sentiasa ada dihati penyokong dan juga ahli pas.

walaupun kenyataan ini datang dari hanya seorang pemimpin dap sekurangnya keterbukaan dap dalam memperkatakan hukum hudud hendaklah disanjung tinggi. umno tak boleh lagi menggunakan isu yang mana dap akan menghalang pas dari menggunakan hukum hudud jika memerintah malaysia. keterbukaan tan seng giew begitu hebat dikala hebatnya umno memainkan gendang perang perkauman yang mana tembok pemecah adalah amat sukar digugat pada masa dahulu. ucapan keterbukaan ini sekaligus menamatkan persengketaan pas dan dap dan membuka lembaran baru dalam menjalinkan hubungan pakatan pembangkang. pakatan rakyat akan dilihat membuka lembaran baru dan lebih fokus untuk menawan putrajaya dari umno yang sudah lama di singgahsana. kejatuhan umno semakin tak dapat dibendung lagi kerana tiada lagi isu yang dapat dimainkan dan umno akan kehabisan idea kerana tumpuan menawan putrajaya dapat digerakkan dengan lebih berkesan dan efektif.

kesabaran pas dalam mengharungi liku liku perjuangan akhirnya membuahkan hasil yang manis. akhirnya ada pemimpin dap memecahkan tembok yang sentiasa memisahkan pas dan dap. walaupun berjuang dipadang yang sama dan menghadapi musuh yang sama tapi masih lagi gagal menetapkan dan bersetuju antara satu sama lain. situasi menang menang akan diteruskan antara parti komponen pakatan rakyat. perjuangan rakyat perlu diteruskan dan melupakan sengketa lama yang hanya melambatkan proses untuk menawan putrajaya. dibulan puasa yang mubarak ini, walaupun panas membahang dengan pelbagai isu yang sengaja dicipta oleh umno untuk memusnahkan pakatan rakyat akhirnya peperangan ini dimenangi juga oleh pakatan rakyat. ramadhan ini memberikan kemenangan kepada umat islam walaupun jalan yang hendak dituju begitu jauh lagi sekurangnya dalam perjalanan perjuangan ini sudah ada erti kata muafakat dan kerjasama yang erat. musuh yang nyata perlu ditentang dan dinyahkan demi kesejahteraan rakyat malaysia. takbirrrr

Ulasan