felda oh felda

pengerusi felda usop noor marah kepada pembangkang yang dikatakan cuba masuk kedala felda. cubaan pembangkang setelah melihat kejayaan dalam pelbagai bidang yang dilakukan oleh felda. keharmonian felda cuba diganggu gugat oleh pihak pembangkang. pembangkang mengfitnah felda kata usop noor. fitnah yang cuba disebarkan oleh pembangkang tak mampu mengugat felda kerana felda profesional, kalau felda profesional tak payah le marah marah. kritikan yang berasas perlu dilakukan siasatan dan bukannya melarikan diri untuk berbicara tentang tuduhan yang dilemparkan. kalau felda betul profesional sepertimana kata usop noor pasti felda akan berlapang dada menjawab tuduhan kalau betul betul tiada penyelewengan yang berada dalam organisasi felda yang dipengerusikan oleh usop noor.

masalahnya sekarang felda cuba menutup segala jalan perbincangan, tuduhan felda bangkrap sudah dibuktikan dan dipihak felda yang menafikan bahawa felda masih gagah perkasa sebagaimana kata usop noor perlu dibuktikan dengan fakta dan kertas bukan jawab ikut sedafelp mulut saja. tuduhan felda bangkrap diakui sendiri oleh persatuan anak anak felda yang diketuai oleh mazlan aliman. kenapa usop noor tak jawab tuduhan mazlan aliman yang merupakan anak peneroka di felda. yang menuduh felda korupsi, menyeleweng dan rasuah adalah anak peneroka. orang yang tinggal dalam felda dan pernah bergelumang dengan tanah, selut, air, hujan, jalan becak dan kesusahan menjadi peneroka felda. felda sepatutnya profesional dalam menjawab bukannya menjawab tuduhan dengan tuduhan kembali. itu tak dinamakan profesional tapi prokuno. jika anak peneroka menuduh dan disertakan dengan bukti bermakna beliau mempunyai bukti bukti yang tak mampu ditolak oleh pengurusan felda. dan yang paling utama felda perlu diselamatkan dengan segera jika benar benar nazak sebagaimana tuduhan pembangkang.

usop noor marah bukan apa dengan pembangkang, usop noor dah lama makan sedap kata orang terengganu, jadi bila ada yang cuba mengalih pinggannya maka ia akan cepat marah. ada saja yang kaco daun, track record buruk usop noor adalah satu alasan pihak pembangkang meragui kebijaksanaan usop noor dalam mengendalikan urusan felda. bad record yang ada dalam diri usop noor dipercayai akan terus dibimbangi akan dibawa masuk ke dalam organisasi felda. kerja kerja membaham duit felda oleh orang umno dah lama berlaku dan akan terus berlaku, jadi pembangkang takut felda akan benar benar bangkrap dan peneroka yang menjadi mangsa, usop noor masih tidur lena di besut beralaskan tilam empuk dan berada dalam pendingin hawa. usop noor bukan pernah merasai azab sengsara peneroka dalam usaha merealisasikan hasrat mereka untuk keluar dari kepompong kemiskinan. duit felda yang banyak akan menyebabkan mata pengerusi felda terbeliak dan otak jahatnya akan cepat merencanakan sesuatu bagaimana nak hantam duit felda.

apakah dengan membuat masjid konsep dapat menjawab tuduhan felda nak bangkrap. masalah moral dan sosial yang amat teruk di felda sepatutnya diusahakan dulu bukan nya mendirikan masjid konsep ilham perdana menteri malaysia. woii usop noor dan najib dari mung perabih duit bina masjid konsep baik mung bahagikan pitis itu kepada warga felda yang semakin nazak kerana kesan kenaikan harga barang. hasil hutang tak pernah habis kepada felda. dari satu generasi kepada satu generasi yang lain hutang tak pernah habis, felda boleh dikatakan along yang berlesen, boleh kutip hutang dan bunga bila bila masa sahaja yang mereka mahu. peneroka felda dijadikan hamba tebusan bagi mereka untuk menyekat mereka dari menyokong pembangkang. kehidupan mereka dikawal selia oleh umno dan felda, yang mana menentang akan disumbat atau dihalau keluar dari feld. usaha usaha meneroka tanah dari hutan dan dijadikan ladang sawit hanyalah untuk felda bukannya untuk diwarisi oleh anak cucu mereka. anak cucu mereka tetap berhutang dengan felda hingga akhir hayat. duit yang banyak dihabiskan oleh felda dan umno.

Ulasan