umno dah habis lagu bergendang

umno dah habis cara untuk bergendang, pas buat tak tahu saja, ada jugak selingan dari penyanjung umno tapi masih lagi tak mampu membuat pas berjoget sampai pagi. gendang yang dimainkan oleh umno amat mudah untuk dibaca oleh pas. tapi yang menjadi kemusyilan sampai malam ini, blogger luncai yang dikatakan pro pakatan rakyat cuba memanjangkan lagi irama gendang yang dimainkan oleh umno. tiada lagi bunyi bunyian gendang umno yang mampu menarik pas berjoget sampai pagi. pas tetap bersahaja walaupun gendang yang dimainkan mampu mengerakkan ibujari kaki mengikuti irama yang dikatakan rancak. seronoknya umno jika paluan gendang mereka pas boleh berjoget tapi sampai hari ini tak ada yang berjoget sampai pagi. joget sekejap dah lemah lutut dan terpaksa berhenti.

pelbagai isu dah dimainkan, rakyat juga tak mahu lagi dengan irama umno, pakatan rakyat perlu bersegera memainkan lagu lain dan mengikuti irama lain yang mana irama yang membolehkan rakyat malaysia menari dan mengikut rentak gendang paluan pas pula. pas perlu mendendangkan lagu sendiri dan bukannya lagu dendangan umno. dah habis lagu lama digendangkan namun irama pilu jua yang mendayu dayu juga dinampak orang. apakah umno akan melutut demi kuasa tinggal sedikit saja lagi. umno sepertimana yang diketahui dia akan menghalalkan apa saja jalan demi survival mereka. beratus juta sanggup dilaburkan asalkan pas dapat menari bersama gendang lagu mereka.

Ulasan