tulisan memual dan meloyakan

aku ada terbaca sinarharian yang mencedok tulisan Brianpedrorizal, sekali baca boleh diterima akal baca kali kedua dah jadi orang mabuk, berpaksi dan berpegang kepada kata kata mahatma gandhi, hidup jangan terlaku leka dengan sejarah silam, ciptalah sejarah untuk menjadi bangsa yang Berjaya. hebat penulis, kata kata mahatma gandhi dicedok untuk menggambarkan betapa pas terengganu tak boleh menang di terengganu kerana menang dulu kerana nasib. yang aku pelik kepada penulis yang mungkin bukan orang terengganu atau species itik gantung kat kuala pilah atau orang umno lebih tepat lagi untuk orang yang bernama brianpedrorizal

pas tak hebat kerana tak ada pemimpin yang hebat zaman silam seperti fadhil noor, mat sabu, husam musa dan beberapa pemimpin lain, dalam masa mengkritik pas bagi menyamar diri sebagai penulis bebas sempat menulis kehebatan tok guru nik aziz, biasalah penulis cari makan, apa ke bodohnya tulisan ini, mahatma gandhi kata jangan terleka dengan sejarah silam dah yang menulis kebijaksanaan pemimpin pas zaman silam apa kebendanya. tak ke gila tulisan itu. jangan jadi terlampau bodoh sangatlah. kalau nak tulis kelemahan pas tulis ajelah jangan buat perbandingan bodohlah, perbandingan akan menyebabkan kita menjeling zaman silam, penulis kata mahatma gandi kata jangan ingat zaman silam. dah yang pi tulis tentang zaman fadhil noor tu bukan zaman silam pas ke ke zaman in future pas.

pas tetap akan tawan terengganu, walaupun beribu orang seperti pedro akan menulis cerita cerita bodoh dalam blog. menulis tanpa fakta menulis tanpa isi keadaan semasa pas di malaysia khususnya diterengganu. dah daftar mengundi belom? kalau belum pi daftar dulu baru boleh menulis cerita lawak dan jadi penglipur lara ke tok selampit. jangan cerita zaman silam nanti terleka lepas tu tulis hebatnya fadhil noor tak ke gila namanya penulis tu, aku hanya menjawab sekadar ihsan kerana tak ada fakta sangat cuma bagi dia semangat nak menulis tentang kepimpinan pas. cuba tulis sikit tentang pas terengganu, nama pemimpin pas yang sudah tak lagi laku dan pemimpin pas waktu ini yang mahu diketengahkan. mung kenal ke tanggo dengan lift kalau dok kenal pemimpin pas nama pun tak kenal sekadar menyebut nama yang terkenal tak kata yang lu kenal pemimpin pas dikawasan anda sendiri. cuba lu sebut seorang nama pemimpin pas kawasan anda yang tak pernah ada dalam akhbar barulah hebat.

Ulasan