protes umno setiu pada hishmuddin

umno setiu memboikot kehadiran tpm umno ke bahagian setiu, 4 adun tak hadir sewaktu perasmian bahagian setiu, baru minggu lepas hishamudin umumkan pergolakan dalam umno terengganu dah reda, nampaknya api marak dalam sekam sukar dikawal oleh umno johor, protes yang dilakukan secara terang bukan berlaku secara sulit seperti biasa. hishamudin dah gagal mengemudi umno terengganu dan sepatutnya dah berundur dan balik ke sembrong. umno sembrong boleh menerima hishamudin bukannya umno terengganu. hanya satu yang boleh menyatukan umno terengganu kembali iaitu duit ehsan. setelah duit royalti dirompak oleh umno pusat, pertembungan puak puak umno yang berebut harta telah berlaku dengan sengitnya. zaman deris berlaku rompakan duit ehsan oleh umno besut. dari besut sampai ke kemaman kontraktor kelas f dari besut merompak projek di terengganu.

kontraktor kelas f dari besut bermaharajela di terengganu dizaman dinasti yeh memerintah. semua projek di terengganu dibolot oleh kroni maharaja yeh memerintah. peperangan merebut kekayaan sudah lama berlaku dan apabila projek kurang di terengganu akibat dari keborosan berbelanja terengganu sudah hampir muflis sekarang. banyak projek dibayar lambat lambat oleh kewangan negeri. kantung negeri sudah kering kerana terpaksa membayar projek projek diluar akal manusia. mat said terpaksa membayar kerja kerja zaman dinasti yeh. mat said terpaksa berhati hati dalam berbelanja silap haribulan terengganu akan diistiharkan muflis lebih cepat dari negeri pahang. maharaja yeh tersenyum lebar melihat kesusahan dan kepayahan mat said dalam menyelesaikan masalah yang dibuat oleh maharaja yeh.

4 adun dari setiu yang memboikot kehadiran tpm adalah memberi isyarat awal bahawa umno dah semakin panas kerana ketidakadilan dalam pembahagian kekayaan kepada kroni bukannya rakyat. 4 adun ini telah dijangka tak akan dipilih lagi dalam pru yang akan datang kerana mereka ini semua adalah balaci maharaja yeh. baiah mereka kepada maharaja yeh tidak berbelah bagi. pru yang akan datang menyaksiakan mat said akan menyusun adun baru yang akan berbaiah kepadanya bukan seperti sekarang yang sering menimbulkan masalah kepada pentadbiran mat said. hishamudin sepatutnya dah berundur demi menjaga airmuka yang sudah tidak lagi dihormati. pergolakan dan peperangan umno diterengganu bukan rahsia sangat kecuali kepada orang umno tulen cuba menyembunyikan fakta yang sebenarnya.

keempat adun dari setiu ini pernah ponteng dari menghadiri sidang dewan terengganu. mereka bersantai dan bersuka ria di felda hotel yang diketuai oleh panglima perang rosol. jadi kalau persidangan yang begitu penting bagi mewakili kawasan yang mereka menangi ni apalah sangat kehadiran tpm yang tidak menjanjikan apa apa buat mereka. masa mereka menjadi adun dah hampir sangat untuk tamat, jalan terbaik sekarang adalah mencari sebanyak mana projek yang boleh mengembungkan poket mereka sebelum mereka berhenti menjadi adun. kalau tpm datang bawak karung seperti santa claus pasti mereka akan duduk dikerusi hadapan sekali. tapi tpm datang tanpa karung jadi kosonglah kerusi depan. tpm sendiri pun dah kering macamana mahu membawa karung yang berisi hadiah untuk kawasan setiu.

Ulasan