pas terengganu sinonim dengan kalah?

1999 pas menang diterengganu, hikayat yang diceriterakan adalah kerana kebangkitan rakyat terengganu yang bersama sama dengan nuar berahim dan membenci umno. itu yang diceritakan dan dibukukan sejarah oleh kaum yang menyokong umno. cerita yang sama diungkapkan sepertimana diungkapkan hanya umno yang berjuang menentang malayan union dan umno jugalah yang memerdekakan tanah melayu. itu yang dibaca dan tercatit dalam buku sejarah darjah 1 dan sehingga habis waktu persekolahan. minda rakyat malaysia terus dipaku dengan kenyataan bahawa umno yang memerdekakan tanah melayu hasil kerja kuat ku deraman dan konco konconya. begitu juga diterengganu, pas terengganu menang kerana kebangkitan rakyat yang marah kepada kepimpinan pusat yang menyingkirkan nuar berahim diatas kesalahan yang dikatakan tak dibuat oleh nuar berahim.

ok, kita mulakan pelajaran pertama kepada otak otak umno yang masih berseloka dengan kemenangan pas di terengganu adalah kerana nuar berahim. faktor nuar berahim hanyalah 1 persen dari sejarah pas diterengganu. umno dibawah pimpinan wan tar begitu ketara pilih kasih dalam memilih calon dan yang mana calon yang berwibawa akan dicantas dahulu, kenapa wan tar tak jatuh macam deris jusoh, wan tar seorang yang bermentalitikan ilmu dari mesir, tiada siapa yang mampu mencabar wan tar ketika itu seorang lulusan AL Azhar, yusof noor dah mentandkedarah duit zakat, bakar daud exco bola dari awal sampai ke akhir karier politiknya. rashid ngah seorang yang puitis dan boleh menulis poem dengan baik dijadikan kerbau ditarik hidung, rashid muhammad di setiu berada dalam keadaan tenat kerana menipu tanah tanah permohonan orang kampung. ada lagi aku malas nak sebut nanti ada orang umno kata aku tulis hikayat pemimpin umno.

hubungan baik wan tar dengan istana amatlah akrab, tak ada pemimpin yang mampu mencabar keakraban wan tar dengan istana. tiada krisis langsung dengan istana, tenang setenangnya. seri terukon begitu sinonim dengan wan tar sampaikan semua kontrak kerajaan akan dapat kepada seri terukon, kamu penulis tentang pas kenal ke seri terukon, boleh sebutkan siapa pemiliknya kalau kenal le, kalau dok kenal duk diam nanti aku cerita untuk siapa yang menulis tentang pas diterengganu. seri terucon menjana wang dari kemaman sampai ke besut dan mampu membina empayar perniagaan hinggakan ada sebuah padang golf 18 lubang. ini semua adalah hasil royalti minyak yang dibayar oleh petronas kepada kerajaan wan tar.

diakhir pemerintahan wan tar, krisis dengan istana bermula dan kenapa ia bermula, aku rasa aku akan cerita apabila keadaan membolehkan diceritakan. oleh kerana hubungan istana dan wan tar kurang baik, maka banyak tcs terengganu dah berpaling tadah dan mula mendekatkan diri dengan pas. diwaktu itu krisis umno terengganu antara senior senior dah sampai keperingkat baling kerusi di waktu pengumuman untuk calon calon yb yang akan bertanding. semua exco senior berharap wan tar menyerahkan tampuk kerusi mb kepada salah seorang exco kanan. tapi wan tar berdegil kerana ia merasakan ia selamat dan kukuh kerana pas terengganu waktu itu hanya ada batu nesan. satu dun rhu rendang dan satu lagi wakaf mempelam. dun manir pas tewas juga. berbekalkan semangat ini pas menanam umno dalam dalam dan memperolehi kemenangan di pru ke 10.

waktu itu kemenang pas dikaitkan dengan nuar berahim tapi yang sebenarnya banyak faktor lain yang menyebabkan pas terengganu menang pada 1999. banyak tcs memberikan sokongan kerana wan tar dan mulai berkurang ajar dengan tcs terengganu. banyak benda yang menguris hati tcs terengganu. bila kebanyakan tcs berkecil hati, maka umno dihumbankan ke dasar dan jelas pada pru ke 10 itu. kamu penulis hebat semua tahu ke sebelum bermula pru ke 10 ada perjumpaan antara pas yang akan mengambil alih pentadbiran dari umno sudah bermula. jangan bawak cerita bodoh lagi tentang kemenangan pas diterengganu kerana nuar berahim sahaja. aku akan banyak lagi mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku kerana aku rasa tak adil tak memberikan fakta kerana penulis penulis hebat dialam blog ini menulis hanya dipermukaan sahaja, didasarnya tak ada siapa yang mengambil tahu. keruh di dasar tak semestinya akan menimbulkan keladak ke permukaan yang jelas kelihatan jernih.

Ulasan