pas terengganu sinonim dengan kalah? 3

deris mengambil pemerintahan pas diterengganu pada 2004, deris diangkat menjadi maharaja waktu itu. istana hinggap menjadi kediaman, jkr 10 tak lalu dihinggapinya. maharaja deris dipuncak kuasa waktu itu. perjanjian kekuasaan sepenggal telah dimenterai, deris mula melancarkan perang psikologi, membawa slogan gilanya, tidak pernah sebelum ini, dan kerana slogannya juga lawan dia memakai kembali tidak pernah sebelum ini mb terpecat dengan hina. deris bukan dipecat kerana adanya kain rentang natang, bodoh kalau penulis yang hebat menulis seperti itu, waktu kain itu dinaikkan semua orang tahu bahawa deris sudah terpelanting dari kerusi mb. kerja kerja jahat deris tak mampu lagi melawan kuasa dan ombak besar dari satu pihak yang tak akan lut dengan senjata.



perjanjian deris untuk berkuasa hanya sepenggal cuba diatasi, banyak calon umno yang berkelayakan untuk dinaikkan menjadi mb dah dicantas awal awal, dan serangan pertama dikenakan kepada semua exco kanan. semuanya dicantas lebih awal sebelum pru bermula. menggunakan nama paklah dan persetujuan dari pak lah, deris bermaharajela diterengganu. pas sewaktu kalah diterengganu tiada satu tempat pun undi pas berpusing sebanyak 5 persen. kenaikkan mendadak pengundi hampir 17 persen menyebab pas terengganu tewas teruk. dikebanyakkan tempat hampir seratus peratus orang keluar mengundi. hebatkan. dinegeri maju selangor dan penang belum mampu menterjemahkan kehadiran begitu ramai pengundi sampai ke peringkat all out.



kain pemidang yang dinaikkan adalah penamat kepada kerjaya mb deris jusoh bukan deris jusoh jatuh kerana kain pemidang itu. tolong perbetulkan tulisan wahai penulis hebat. kalau tak tahu meh aku bawak mung pi muzium tengok sejarah balik, kalu tak tahu berjoget jangan kata muzik sumbang. kenapa pas terengganu nampak kurang bersemangat seperti dulu? pas terengganu tak bersemangat bukan kerana lemah semangat dah hilang daya juang tapi susah nak diceritakan dilaman blog kerana ia akan menyentuh sensiviti keadaan sekeliling dan semasa. dan akan menyentuh pelbagai pihak yang mana ia tak elok disentuh dan tak mudah disentuh. ada rahsia disebalik kedinginan waktu ini dan para pemerhati hebat tak akan dapat menyelami dasar pas kerana pas tersempit antara dua keadaan.



waktu terbaik pas terengganu akan kembali hangat, dan akan lebih hangat dari biasa. peh tag line radio ni. aku sebagai penampal poster tegar pas akan terus disini dan akan bersama pas selama ia tak bercanggah dengan iman dan islam. walaupun aku bukan orang penting seperti batu api pencatit minit mesyuarat, ali zaidan sebagai pa ust nasha dan aku bukan seperti wak albanjari orang penting diperak tapi aku tahu apa yang berada didasar pas, aku bukan sesiapa dalam pas, aku bukan pengejar kuasa dan jawatan dalam pas. lu orang ingat orang pas tak boleh hidup tanpa projek kerajaan. walaupun beribu penulisan menulis tentang kelemahan pas dan tiada satu pujian untuk pas terengganu aku tetap tahu yang pas terengganu kuat sentiasa dan mampu bertahan sampai hari ini. bagi yang menyanggah tentang konsep wala, thiqah itu bolehlah berbuat konsep baru, tunduk patuh dan sembah.

Ulasan