pas terengganu sinonim dengan kalah? 2

selepas prk dun teluk pasu pas menang, angkatan perpaduan ummah (APU) cuba memenangi prk di besut, prk kampung raja. s46 waktu itu mengemukakan calon. waktu kenapa s46 tak menang walaupun dikatakan kekuatan s46 dibesut amat tinggi, calon yang bertanding bagi prk kampung raja adalah seorang bekas umno yang bergelar dato'. waktu itu prestasi s46 amat memuncak dan pidato ceramah s46 setiap malam berlaku. sampaikan penduduk terengganu merasakan bahawa s46 akan mengambil alih pemerintahan dari umno terengganu. dengan kekuatan s46 yang didokongi oleh salah seorang kerabat istana di kuala berang di dun tanggol. dengan kehebatan ini dikatakan menjadi nadi penggerak s46 di terengganu.



pas dah di beri tugas sebagai bukan ahli besekutu tapi menjadi macai untuk melakukan kerja kerja yang remeh temeh. kerja kerja penculaan undi di kampung raja tidak dilakukan, bila pas bertanya orang s46 kata tak perlu kerana mereka merasakan bahawa mereka akan menang besar malam pengundian. pas tak mampu bersuara kerana mereka bukan parti yang bertanding, lagipun calon yang dikemukakan oleh s46 adalah bekas calon umno dan pasti mereka mengharapkan calon yang dikemukakan dapat menarik bekas bekas umno yang kecewa dengan pembubaran umno. malang seribu kali malang s46 tumbang di kampung raja dengan majoriti yang lebih tinggi. penyokong pas dan penyokong s46 terduduk didewan kampung raja sewaktu pengumuman. bendera pas dan s46 jatuh bertaburan kerana sukar menerima kekalahan diwaktu kemuncak populariti s46 waktu itu.


jadi dimana kata kata penulis hebat yang mengatakan pas menang kerana s46 menolong dan membantu. dikawasan besut jika s46 boleh menarik hanya seribu pengundi nercaya calon s46 akan memang di prk kampung raja tapi sikap gong dan bodoh sombong menjerat mereka. apakah pas tak mampu memberikan sumbangan kepada s46, jika berkawan kalau kawan tak mahu pertolongan apa kita menjadi pipi tersorong sorong. pas dah mengadai hampir 5 persen ahlinya kerana kerjasama pas dengan s46. s46 sepatutnya boleh mencari lagi pengundi tegar sepertimana pas mendapatkan pengundi tegarnya. jangan menuding jari kepada pas terengganu jika kalah dalam pru ke prk. parti lain perlu kepada kekuatan sendiri dan bukan bergantung kepada kekuatan parti lain.

Ulasan