mp shah alam dah jadi lidah umno

mp shah alam belum berpuashati dengan kenyataan dan penerangan hassan ali. ketua naqib barbican begitu hebat menyerang dan menganggap hassan ali menipu, kalau mp shah alam terlampau maksum bolehlah menganggap hassan ali menipu, hassan ali dikatakan bodoh kerana ditipu oleh mufti umno.dalam kenyataan blognya ia sempat menyindir kepada ahli pas yang sentiasa berlapang dada kerana sanggup wala dan thiqah walaupun hassan ali ditipu oleh mufti umno. penjelasan hassan ali belum mampu meredakan marah mp shah alam kerana dihukum 6 bulan gantung oleh jk disiplin pas. watak maksum dan adik kepada seorang pemimpin umno nampaknya dah semakin jelas dan nyata. siapa yang membawa watak umno dalam pas.

ketua usrah barbican dah memulakan serangan kepada pesuruhjaya pas selangor dan pengikut tegar yang terdiri dari penulis harakahdaily yang makin sepi sejak kawen, yang makin galak berkokok bekas pesakit h1n1 yang masih belum sedar sedar lagi walaupun amaran dah diberikan oleh tuhan. penyokong fasa tertentu dalam pas pun masih hebat setelah menyepi. tulisan dari lombok yang hidup dengan duit sedekah pun masih menulis perkara perkara yang dah dihentikan kesahihannya. bukti rakaman suara yang dikatakan ada dan bukti bergambar tidak ditunjukkan dengan jelas dalam blog. sampai ke hari ini mereka ini masih belum menunjukkan bukti bukti yang dikatakan dimiliki oleh mereka. ada atau tidak bukti yang dikatakan belum pasti dan yang pasti mereka dah menjadi lidah umno yang utama. umno tak menyerang hassan ali kerana sudah ada balaci dan barua mereka dan mereka boleh tumpukan kepada perkara perkara lain.

mp shah alam hentikanlah sandiwaara yang dimainkan. perasaan dendam tak kemana, jika betul tuan berjuang bersama islam. hentikanlah sebelum ada yang mendedahkan sebaliknya. tuan mp shah alam dulu pun pernah berbincang dengan mantan mb umno sebelum pembentukan kerajaan pr selangor. jangan tuan mp shah alam lupa kepada perkara pokok, jangan cepat menunding jari kerana mahu melindungi kesalahan kita sendiri. kalau hassan ali bodoh kerana ditipu oleh mufti umno tak bermakna hassan ali akan berjaya bawak pas masuk umno. hassan ali sudah melakukan pemisahan antara parti dan juga urusan kerajaan. tak akan itu pun tak faham. pengurusan parti dan pengurusan kerajaan negeri adalah dua benda yang berbeza, jangan mp shah alam lupa kepada perkara pokok itu, mp shah alam bukan mewakili ahli pas, mp shah hanya mewakili kuku jari pas sahaja. mp shah alam hentikanlah perbuatan anda itu.

Ulasan