MB Pakatan rakyat perlu sedar segera

perbalahan terbuka antara ketua menteri dengan pegawai pembangunan persekutuan berlaku dengan hebatnya. hari ini KSN membela pegawainya. kalau dah umno memang akan pertahankan apa saja tindakannya sama ada yang betul atau salah dari segi etikanya. perbalahan dengan penjawat awam memang akan mengundang bencana kepada sesuatu kerajaan dan LGE sepatutnya berhati hati menangani situasi ini dengan sebaik mungkin. semua mb di negeri pakatan kecuali kelantan telah menghadapi karenah dari pegawai persekutuan yang dihantar khusus untuk menjahanamkan negeri dibawah pakatan rakyat. biasanya pegawai persekutuan yang dihantar ke negeri dibawah pakatan rakyat adalah hidup dan matinya kerana umno. operasi ini dah lama berlaku dan sepatutnya disedari oleh semua menteri besar.

keadaan yang sama dihadapi dikedah sekarang sampaikan sifat berlembut ustaz azizan telah digunakan dengan sebaik mungkin oleh pegawai dari persekutuan. pegawai pegawai dari persekutuan akan melakukan apa saja demi untuk merosakkan imej pakatan rakyat di mata rakyat. dikelantan perkara ini sudah lama berlaku dan sekarang ia mudah dihadapi kerana mb kelantan dan berpengalaman dengan perangai pegawai pegawai persekutuan dan salah satu sebabnya pegawai persekutuan yang dihantar masih lagi berjiwa kelantan dan tak sanggup sangat nak merosakkan negeri sendiri. pegawai ini akan bersikap seperti menteri besar bagi pihak umno di negeri. menggunakan peruntukan untuk negeri dan diberi nama projek persekutuan.

di terengganu pegawai pegawai persekutuan memsabotaj pimpinan tok guru haji hadi di terengganu sebagai mb. disamping pegawai persekutuan pegawai tadbir negeri juga mensabotaj pimpinan pas di terengganu. pelbagai kerja dilakukan agar menampakan kelemahan dan ketidakcekapan pemimpin pas memimpin negeri. dan kelemahan pemimpin pas akan di sebarkan oleh media massa dengan cepat sekali. jika dibiarkan berterusan pertelingkahan ini akan membawa akibat buruk kepada pemerintahan pakatan rakyat. jangan jadi bodoh dan bangang dalam mempertikaikan kelemahan pentadbiran pakatan rakyat kerana apa yang disebarkan tidak sama dengan apa yang berlaku secara realitinya. hebat dalam mengkritik belum tentu tahu segalanya.

Ulasan