khalid samad - shut up

khalid samad tolong tutup mulut kamu, jangan buat kenyataan lagi. sudah banyak kerosakan yang dibuat akibat dari mulut kamu yang suka sangat bercakap kepada media. kenyataan kamu kepada media massa umno akan lebih memudharatkan daripada membaiki. walaupun tak menuju secara direct pun kenyataan kamu sudah dapat dibaca ke arah mana sindiran yang akan ditujukan. pengantungan selama 6 bulan belum cukup membuat mulut kamu ditutup sepenuhnya. kalau orang lain melanggar keputusan parti bagaimana dengan kamu. apakah tindakan kamu mewar warkan itu tak melanggar keputusan parti. diam itu lebih baik dari terus berbicara yang mana akan terus merosakkan.

kenyataan akhbar kamu akan digunakan sepenuhnya oleh musuh dan juga penyokong parti yang tak bayar yuran dan juga yang suka mencari isu isu yang sensasi bagi menaikkan blog. menjadikan diri mereka popular. pertubuhan haram akan menyambut baik kenyataan bijak dari khalid samad. jangan merasakan diri terlampau popular dan mencari lebih ramai penyokong untuk merosakkan lagi pas. khalid samad hentikan aja kerja kerja membazir baik tumpukan kepada rakyat dikawasan shah alam. jangan sampai tewas pula di shah alam kerana terlampau menyibukkan diri merosakkan pas. hukuman yang dikenakan oleh pas tak mampu mendiamkan mulut tempayan khalid samad. gembira sungguh pas reform dan umno dengan kenyataan khalid

pas meletakkan islam didepan dan umno meletakkan melayu didepan dan percanggahan ini tetap akan berlaku, dan dalam pas ada cina dan india islam dan ini tidak berlaku dalam umno, bagaimana khalid samad mengatakan pas dan umno dari bangsa yang sama. fakta ini perlu difahami oleh khalid sebelum berbuat bising. didalam umno tiada langsung cina dan india kerana umno meletakkan perkara asas menjadi ahli adalah melayu. bagaimana khalid mengatakan pas dan umno adalah satu bangsa. walaupun cina dan india atau bangsa dalam pas mereka tetap ahli pas dan umno tak akan ada seorang pun cina dan india atau juga bangsa lain didalam pertubuhan perkauman mereka. dendam khalid samad kepada hassan ali tak berakhir juga rupanya, sifat dendam jelas terbayang apabila dia akan bertanya dalam munaqasah jika ada ia akan membuat aduan kepada jawatankuasa disiplin pas. seorang pemimpin yang berjiwa besar tak akan melakukan sedemikian. ia akan berdiam diri dan diluahkan pada tempatnya bukan membuat onar lagi dalam parti jika betul betul sayangkan parti.

Ulasan