ezam mula menyalak tok guru nik aziz

ezam dengan nyaring menyalak tok guru nik aziz hari ini, selepas salakan nyaringnya tak dihiraukan oleh nuar berahim. kasihan ezam, terpaksa menyalak tok guru nik aziz pula selepas nuar berahim tak layan salakan dia. bahkan nuar berahim telah baling batu kepadanya. anjing biasanya akan menyalak jika ada yang menyuruhnya, maklumlah lepas salak mesti ada habuan, dulu menyalak nuar berahim dapat jadi senator. tak ke hebat. tak apa jadi barua atau balaci asalkan dapat harta dunia yang tak akan berkekalan. hari ini ezam menyalak tok guru pula. isu perpaduan melayu menjadi agenda utama sekarang, di mana mana umno bercakap hal perpaduan melayu menenggelamkan isu isu utama kenaikan harga minyak kenaikan harga gula. semua balaci yang telah dibeli akan mulai disuruh menyalak hal ketuanan melayu dan apa saja yang berkaitan dengan melayu yang semakin layu dikerjakan oleh umno.

ezam dalam merasmikan persatuan kebajikan insan mulia (PKIM) rupanya tak semulia yang disangkakan. madu yang diberi ezam balas dengan racun rumpai. aku ingat ezam boleh jadi insan mulia selepas merasmikan persatuan ini rupanya jadi insan hina. mengungkit perkara perkara dan mengfitnah tok guru nik aziz dengan jahatnya. baiah, taklik dan cerai waktu nak mendirikan kerajaan kelantan. jangan kita lupa siapa ezam sebelum ezam terjun dalam tandas umno. walaupun ezam nampak bersih tapi semua kotoran ada dimuka ezam. umno cukup hebat dalam mempergunakan hamba balaci yang dibelinya. umno akan memberikan kerja kerja hina kepada pemimpin yang sudah dibeli dan disuruh melakukan kerja kerja fitnah. umno dilihat cukup bersih dimata rakyat kerana yang melakukan kerja bangangnya dah diambil alih oleh pemimpin seperti ezam.

kalau tok guru bukan berjiwa besar, ezam mat nor jauh panggang dari api, ezam dengan bangga melemparkan fitnah kepada tok guru. ezam berjiwa besar kerana sanggup meludah muka nuar berahim dan rakan rakan pembangkang demi pangkat, kuasa dan wang. itulah ezam yang berjiwa besar. tanpa wang ezam mat nor hanya pencacai pengangkut najis dalam umno. walaupun berjawatan senator tidak semestinya selama lamanya akan menjadi senator. waktu senja akan menginjak jua. dimasa senja ezam akan kenal siapa yang terbit diufuk timur dan siapa yang akan tenggelam di ufuk barat. walaupun sebelum masuk umno ezam sms kepada pemimpin pas tak semestinya ezam akan kenal kawan dan lawan selepas masuk umno. jangan lupa bahawa umno tak pernah kenal kawan dan lawan. umno boleh berubah mengikut waktu sebagaimana sesumpah.

ezam dah berseru supaya ditinggalkan tok guru kerana negara perlukan negarawan bukan ahli politik yang berkepentingan. yang sebenarnya, seruan itu sesuai untuk ezam, wahai rakyat malaysia tinggalkanlah ezam mat nor sesungguhnya dia tiada maruah, tiada apa apa lagi yang tinggal kecuali gigi dan gusi dan juga lidah yang fasih melemparkan fitnah kepada tok guru. walaupun tok bukan negarawan sepertimana yang dikehendaki oleh ezam mat nor tapi tok guru adalah ulamak yang memimpin itulagi afdal dari shafie afdal lagi kerana negarawan tak sampai ke akhirat yang sampai hanya ilmu islam yang disampaikan. ezam mungkin dah sibuk membilang persen yang masuk kepoket dan tok guru seperti biasa membilang biji tasbih demi bekalan untuk akhirat. disana kehidupan abadi dunia akan ditinggalkan dan ezam akan menjadi lambang manusia hipokrit sepanjang zaman dan dikenang sebagai pembelot kepada amanah rakyat dan yang pasti kehinaan didunia dan akhirat jua.

Ulasan