basuh sikit otak umno

tadi terbaca blog ntah apa apa ntah yang menulis perkara yang tak tahu hujung pangkal politik diterengganu, tulisannya hanya penyanjung dan penyokong umno sejati. dulu kini dan selamanya. pas tak ada kekuatan di terengganu, dun rhu rendang pun akan bertukar tangan, umno dah banyak menggapai kejayaan. kejayaan apa tak disebut pulak, mungkin penulis blog baru dapat duit ehsan yang dibahagikan semalam diatas nama dana remaja, dana orang tua, dana miskin papa kedana, dana untuk jkk saja, dana saguhati dan bermacam dana lagi diwujudkan untuk membolehkan duit dibahagikan dengan cara yang tidak betul. jkkk mengenakan bayaran rm10.o0 setiap borang permohonan walaupun diatas borang jelas ditulis " borang diberi percuma". senang senang je jkkk buat duit.

yang nak diperbetulkan otak umno yang sudah senget dan hampir macam ayam patah leher, tak ada kejayaan langsung dalam pemerintahan dari wan tar, maharaja deris dan silumang mat said. wan tar hanya berjaya memusingkan laluan minyak dari perairan besut kepada perairan kemaman yang jauhnya berkilo meter dan memaksa petronas memusingkan paip ke kemaman. pusat pendaratan minyak yang dekat dengan daerah besut begitu berjaya dikorner oleh wan tar.jadi lah paka sebagai bandar minyak. dan wan tar berbangga dengan kejayaannya. duit pun banyak apa nak kisah royalti ada. projek gajah putih pun banyak yang dilaksanakan. itulah kejayaan wan tar. solat jumaat di bandar pun tak ada orang bersalam selepas pulang menjadi duta malaysia. jatuh terlentang dan lumpuh dan sekarang menjadi manusia yang tak dikenang langsung oleh rakyat terengganu.

deris jusoh pelopor menjahanamkan duit royalti minyak, taman tamadun menjadi lambang kebodohan dan kebangangan deris dalam memerintah terengganu. taman ilmu dan pelbagai taman dibuat dan tak akan dapat disiapkan kerana projek yang dilaksanakan oleh deris terlampau murah sampai mat said tak mampu lagi nak membayarnya. taman ilmu di besut dah jadi sarang ilmu ilmu yang hebat dimata dunia. universiti darul iman yang dipinda ke besut pun dah jadi lokasi semak samun. souq jerteh setaraf dengan pasar pasar ternama didunia tak siap siap sampai hari ini. pasar turki di kuala terengganu berhadapan dengan pasar kedai payang dah semakin teruk kerana tiada penyelenggaraan. banyak lagi nak ditulis tentang kehebatan mb deris ini.

mat said sibuk dengan projek ebooknya, sibuk membayar hutang yang dibuat oleh deris. sampai kehari ini mat said adalah penanggung hutang yang dibuat oleh deris sampaikan rakyat terengganu tak tahu apa yang dibuat oleh mat said. duit kantung kerajaan negeri tiada lagi. kontraktor umno dah mengamuk bayaran terlampau lambat. pentadbir kerajaan (TCS) begitu pandai menyembunyikan ketiadaan wang ketika ini. bendahari negeri dah botak kepala memikirkan bagaimana nak membayar wang kepada kontraktor. EFT dah dibuat tapi wang tak masuk akaun kontraktor, kontraktor makin pening nak membayar gaji pekerja. esok khamis kontraktor makin parah dah hampir 4 5 bulan tak dapat duit. mat said umum nak buat lebuhraya 500 juta. kontraktor tersenyum pahit. umum saja projek duit yilek. wang dah habis diterengganu dah akan dijual lelong

Ulasan