apbila uulamak menyerang pas

pas diserang disemua penjuru, uulamak telah mengambil giliran untuk menyerang pas. serangan uulamak akan lebih berbisa kerana apabila orang yang tahu tentang hal ugama menyerang pas akan timbul konflik yang menerjah masuk dengan mudah ke minda rakyat malaysia. persoalannya sekarang bagaimana uulamak yang tak mahu masuk politik mula berpolitik. suara uulamak berkumandang disetiap masa sekarang menyerang pas, media massa membuka ruang selebar lebarnya memberikan laluan kepada uulamak menyerang pas. tv malaysia memberikan waktu yang panjang kepada uulamak dalam menggodam pas. berpuluh puluh microfon di halakan kemulut uulamak agar uulamak dapat memberikan penjelasan kepada umum. uulamak dah jadi glamour mengalahkan artis kerana artis tiada diberi waktu perdana untuk muncul tapi uulamak boleh muncul diwaktu perdana.

berkoyan koyan ayat alquran akan dibaca untuk membenarkan apa yang diperkatakan. soal syurga neraka dipertaruhkan oleh uulamak ini. isu isu yang menjadi topik utama yang patut diperkatakan oleh uulamak dibisukan. topik yang tak penting kepada rakyat diutamakan. uulamak sepatutnya bercakap tentang kenaikan harga minyak yang mana isu ini cukup menyiksa rakyat jelata. uulamak bukan sekadar menjadi jurucakap apabila diminta bercakap dan bercakap mengenai perkara perkara remeh dan temeh. rakyat malaysia yang beragama islam sukar menerima bahawa seorang uulamak bercakap bohong. oleh itu jika uulamak bercakap pasti ia adalah benar. untuk memadamkan sentimen ini adalah satu yang harus dibuat dengan segera. buktikan uulamak ini berbohong.

uulamak makin galak menyerang pas waktu ini dan diberikan sokongan yang baik dari umno, umno perlu memainkan isu ini sambil mereka merawat luka mereka. mereka sedar bahawa hanya uulamak yang berjaya dibayar saja yang boleh memperlahankan langkah laju pas untuk menawan putrajaya. banyak mana perlu dihabiskan tidak menjadi soal kerana yang penting langkah pas perlu diperlahankan seperlahan mungkin. lidah lidah uulamak yang akan menjadi benteng sementara dalam memperkukuhkan kembali umno dalam menghadapi pru yang mendatang. uulamak akan digunakan semaksimum mungkin kerana ini sajalah jalan yang ada untuk membantutkan sementara perjalanan pas ke putrajaya.

Ulasan