apa isi khutbah jumaat hari ini?

solat jumaat akan disertakan dengan khutbah jumaat. kebanyakan khatib akan membaca khutbah bukan berkhutbah mengikut ilmu yang ada. kebanyakan negeri khatib akan membaca teks yang telah disediakan oleh kerajaan negeri masing masing. oleh kerana khatib terkokong dengan teks khutbah akan menyebabkan khutbah akan menjadi tawar habiaq dan tidak menakutkan hati hati manusia yang sering berlaku kejahatan kepada allah. isi khutbah seolah benda yang hanya syarat sah solat jumaat, anak muda duduk sambil berbual di bawah pokok menanti habisnya solat jumaat. anak muda tak minat mendengar lagi khutbah. isi khutbah kebanyakan yang disediakan adalah mengampu kerajaan dan membenarkan apa saja tindakan kerajaan demi menyelamatkan periuk nasik mereka. jika ada khatib yang berani berkhutbah dan bukannya baca khutbah bermakna periuk nasik mereka akan diisi dengan pasiaq.

zaman khatib berkhutbah dah berlalu, sekarang khatib hanya baca khutbah dan kadangkala sering terbaca teks terlangkau 2 hingga 3 muka surat dan seolah olah tiada sambungan antara satu kisah dengan satu kisah yang lain. dan yang malang sekali adalah khatib yang kurang mahir membaca jawi dan akhirnya adalah sebutan yang menjadi lawak kepada makmum. sebutan huruf jawi yang dibaca mengikut pandangan ilmu cetek khatib akan dibaca dengan sebutan yang tidak memberi makna dan akhirnya makmum akan berpandangan sesama sendiri. cthnya akku pernah dengar khatib kerajaan baca teks khutbah yang sama sekali jauh dari apa yang ditulis dan menyebabkan makmum tak faham apa yang hendak disampaikan oleh para khatib. " wahai manusia hendaklah kamu menjauhi haroyon haroyon yang merupakan dadih dadih yang merosakkan akal dan minda kamu, sesungguh haroyon haroyon adalah musuh no satu negara."

oleh kerana roh khutbah dah menjauhi hati hati manusia islam, manusia islam dah semakin jauh dari mendengar khutbah, duduk bersembang dibawah pokok menanti solat, anak muda bercerita hal motor, budak bercerita hal permainan dan yang hadir didalam masjid ada yang separuhnya terpejam celik dan ada yang telah terlena akibat khutbah yang dibaca oleh khatib tidak dapat menusuk dan menembusi hati hati manusia yang semakin kering dan tandus dengan ilmu islam. dosa dosa dah semakin menutupi hati hati manusia dan akan menyebabkan manusia semakin jauh dari agama islam. khatib duk sibuk menjaga periuk nasik dari memberikan khutbah yang berupaya menarik manusia islam terus beriman dan beramal dengan ajaran islam. teks khutbah disediakan juga oleh manusia yang menjaga periuk nasik dan akhirnya mereka terlungkup bersama periuk nasik dan manusia islam hanya pada nama bukan pada imannya.

semoga para khatib kembali berkhutbah dan menjadi khutbah sebagai senjata untuk menarik kembali orang islam kembali kepada ajarannya bukan hanya sekadar menjadi islam baka, islam yang tiada rohnya, islam hanya berjasad. tiada nilai nilai islam dalam diri hanya seronok mengaku islam tapi menjauhi amalannya. khatib perlu segera kembali berkhutbah bukan baca khutbah. sesungguh khutbah yang baik dapat menyedarkan hati hati manusia yang kering dan tandus. khatib perlu memberikan khutbah yang menyentuh jiwa bukannya khutbah yang dibaca dengan bahasa pasar dan bahasa yang tidak memberi erti langsung kepada jiwa manusia islam. sudahlah majlis agama tidak lagi dihadiri, khutbah pula makin hambar dan tawar, bagaikan hidangan tanpa masin manis.

terjemahan jawi:
"haroyon haroyon - heroin heroin
" dadih-dadih" - dadah dadah..... khatib membaca ikut bahasa melayu bukan jawi inilah jadinya

Ulasan