aku pernah lihat

senang je tulis kan, aku pernah jadi tengok gambar perjumpaan harusani dengan hassan ali di PNB Park. bukti tak ada, aku jadi saksi bahawa aku pernah tengok gambar perjumpaan hassan ali, harusani dan seorang lawyer di pnb park, kalau jumpa tu mesti bincang soal perpaduan melayu, kalau jumpa keling mesti cakap hal perpaduan keling, kalau jumpa senoi ke jakun mesti cakap soal perpaduan jakun. ramai yang jadi saksi. dan aku nak tahu kenapa sampai hari ini, pihak umno tak ada yang menyebarkan gambar tersebut. apakah umno akan menyebarkannya waktu pru yang akan datang atau apa yang menjadi halangan kepada umno untuk menyebarkan gambar pertemuan harusani, hassan ali dan seorang peguam yang berlangsung di pnb park. mohon perjelasan dari wakil pasreform dan sebagai orag yang warak dalam ilmu berugama yang berbahagia ulamak kepala lutut. setiap malam melaungkan agar menentang kemungkaran jika benar wujud, sebarkan gambar seperti mana tersebarnya video porno peterpeng. atau ulamak kepala lutut masih lagi was was dengan kebenaran gambar itu.

ulamak kepala lutut perlu berani sebagaimana beraninya budak yang baru masuk pas menerjah timb.presiden pas dulu. sebagai saksi yang masih hidup. sebarkan gambar pertemuan tersebut untuk menjadikan hassan ali berada dalam kandang orang bersalah. jangan biarkan hassan ali terus bermain wayang. jika benar berlaku atau hanya wujud dalam imaginasi ulamak kepala lutut. ulamak kepala lutut dan bersandiwara sebagaimana tulangbesi dalam menyebarkan aduan disiplin pemimpin pas. pas berpecah peduli apa yang benar tetap benar dan salah tetap salah. mari kita bakar pas dengan berita kebenaran dan jangan bakar pas dengan berita fitnah. kenapa ulamak kepala lutut dan tulangbesi takut untuk menyiarkan gambar pertemuan hassan ali dan harusani dan juga seorang lawyer. apakah benar kamu ini berada dalam golongan benar atau hanya manusia yang suka mengfitnah. umno pun nak tengok gambar pertemuan itu jika benar ada dan berlaku atas dasar kepentingan melayu.

apa yang nak ditakutkan sampai sekarang hassan ali tak saman pun sesiapa yang menyiarkan berita tentang beliau, jadi ulamak kepala lutut dan tulangbesi perlu segera menyiarkan gambar pertemuan di pnb park. kalau tak ada baik diam sebelum tanah meneroboh masuk. kalau sampai tanah dah masuk mulut susah nak jadi saksi nanti. kalau tak berani siarkan email saja kepada blogger umno. pasti nama tuan tuan bersih dan gambar itu boleh dijadikan bukti bahawa hassan ali dan harusani bertemu diatas nama perpaduan melayu. golongan ini dah mula kembali dengan fitnah yang lebih dasyat lagi. dimasa masa akan datang akan memberikan fitnah yang lebih durjana kepada pas. perjelasan perlu segera dibuat agar isu ini akan padam.

Ulasan