yb yb pakatan rakyat makin miskin?????

yb yb pakatan rakyat lompat kerana kemiskinan dalam usaha memimpin rakyat. banyak masalah bila jadi yb yb pembangkang. bukan semua orang faham kepada masalah ini. semua pakat kutuk yb yb pakatan rakyat yang tak boleh menyelesaikan masalah masalah rakyat. anak nak sekolah rakyat pergi mengadu kat yb, anak nak berkhatan mintak duit dengan yb. anak nak kawin pun mintak sumbangan yb. kalau yb umno tak apa dia orang kaya apa. semua boleh bagi, kalau mintak jual maruah pun mereka boleh beli apa. oleh kerana yb pakatan rakyat tak boleh memberi apa yang rakyat mahu bermakna yb pakatan kena lompat ke? yb yb pas dikelantan dah lama menderita tapi kenapa tak ada yang mahu melompat walaupun presiden pas pernah lompat masuk umno. walaupun pas dikatakan mempelopori lompat parti. yb yb pas di terengganu dah lama dinafikan hak walaupun dah lama jadi yb. jadi jangan marah kalau ada yb pakatan rakyat melompat sebab mereka ini miskin dan papa kedana. rakyat hanya tahu mintak mintak mintak. tulangbesi suka kalau yb pas terengganu lompat umno.

kita semua kena kutuk mb pakatan terutama di selangor dan kedah. kedua mb ini keras kepala tak mahu mengambil iktibar tentang apa yang berlaku di perak. jadi mb pakatan rakyat kena dengar suara suara yang mahukan perubahan. blogger tahu apa saja yang berlaku dalam pemerintahan. semua boleh dilanggar tanpa perlu ada apa apa halangan. mungkin blogger hebat ada perisik dalaman yang membolehkan mereka tahu apa saja tindakan mb pakatan rakyat yang tak dilakukan walaupun boleh dilakukan. birokrasi tak menjadi halangan, mb pakatan rakyat bagaikan duduk atas bara api tapi blogger yang hebat melakukan lebih hebat dari mb yang ada. serahkan aje tugas mb kepada blogger pasti blogger boleh melakukannya. kalau blogger pun tak dapat memenuhi hasrat semua, kita kutuk dia ramai ramai lepas tu kita ambik gambar dengan dia. tak salah kan.

pertahankan apa yang ada. diugut dan diancam sekalipun apakah bermakna perjuangan kalau berundur tapi alasan yang konkrit. sebab miskin kenalah melompat. jadi bila dah kaya apakah dapat tolong rakyat, jangan jadi bangang sangat kalau dah melompat dan kaya boleh tolong rakyat. sejarah tak pernah membuktikan bahawa pelompat parti yang kaya akan menolong rakyat. mereka melompat hanya untuk jadi kaya dan penuhkan poket kosong. oleh kerana jiwa kita dekat sangat dengan pemimpin kita tahu dia amat amat miskin tapi masih lagi bertahan kerana apa. kerana perjuangan islam berbeza dengan perjuangan lain. hebat le kita dapat membela pemimpin yang melompat kerana mereka miskin, tak dapat tolong rakyat kerana yb miskin. aku kalau yb pun aku lompat kerana kena sindir pehhh bisanya ayat macam tu, dah tahu nak jadi yb pembangkang akan kena dera kena galak sangat nak jadi pemimpin jadi pencacai lagi baik. tak salah melompat kalau nak tolong rakyat,

Ulasan