tulisan jahanam tulang besi

tulangbesi mendapat sumber dari mana ntah le. mungkin sifatnya yang khasaf atau tulangbesi memiliki teropong ajaib yang boleh nampak pembinaan kem tentera dalam dun rhu rendang dan parlimen marang. tulang besi pakai google earth ke atau sumber tulangbesi yang amat bangang ini boleh memberi maklumat palsu kepada tulangbesi. nama kan kampung atau tempat yang mana terbinanya kem tentera yang dikatakan oleh tulangbesi. niat jahat tulangbesi nampaknya telah nyata hari ini. tulisan yang penuh dengan fakta tipu hanyalah untuk menaikkan kembali hits blog tulangbesi yang sudah hampir sunyi kerana tiada lagi sedekah yang masuk. tiada lagi tulisan mengenai tabung sedekah yang dianjurkan oleh tulangbesi. nampaknya duit sedekah yang diterima oleh tulangbesi telah digunapakai untuk tujuan peribadi dan bukannya untuk keperluan tabung guaman sepertimana yang diwar warkan.

tulangbesi membawa watak watak pemuda lombok yang suka melarikan anak dara orang malaysia dan selesai membuntingkan rakyat malaysia dihantar kembali ke malaysia sebagai warganegara malaysia. begitu mudah rakyat lombok menjadi warganegara sebagaimana mudahnya tulangbesi mengfitnah presiden pas. rakyat lombok tiada bezanya dengan rakyat serbia sewaktu dulu yang membuntingkan umat islam bosnia dan mahu zuriat serbia dilahirkan oleh umat islam. begitu juga perangai tulangbesi yang mengadakan cerita yang begitu hebat dan hanyalah untuk memberikan reaksi negatif kepada presiden pas. tulangbesi bukan mahu mengutuk penasihat presiden tapi mahu menjatuhkan presiden pas sepertimana bangangnya adukatarakguna menyerbu presiden pas dimana mana seolah orang gila yang baru terlepas dari kandang.

6000 pengundi pos akan dipindahkan ke parlimen marang setelah diambil dari parlimen setiu. kem tentera tiada satu pun di setiu. bangunan polis daerah setiu pun baru siap tahun lepas dengan perbelanjaan 46 juta setelah lama terbengkalai. jadi dimananya terdapat 6000 pengundi pos di setiu. kalau pindah pengundi dikawasan kuala nerus pun masih belum sampai 6000 orang. kering kem kat seberang takir kalau pindah 6000 orang pengundi pos. di setiu tidak terdapat satu pun kem askar dan bagaimanakah pengundi pos askar akan dpindahkan ke marang? melalui pembenihan janin ke tulangbesi? atau tulangbesi menjadi pengundi pos dan boleh pangkah 6000 undi. spr dengan giat memindahkan pengundi pos, kenyataan jahat tulangbesi kepada spr, spr tak akan pindah pengundi pos dengan mudah jika tiada kem yang dibina. nak letak dimana pengundi pos jika tiada kem yang dibina? atau pengundi hantu, takut ke sebut pengundi hantu kerana kalau sebut pengundi hantu tulangbesi akan lebih jadi bangang kerana selama ini tulangbesi telah banyak menulis tentang kekalahan pas terengganu bukan kerana pengundi hantu. jadi tulangbesi tulis pengundi pos.

tulangbesi mungkin tak pernah mengundi kerana tulangbesi tak kenal pengundi pos dan pengundi biasa, tulangbesi tak pernah pun mengundi sebagaimana dia mengaku ahli pas. ntah ntah tulangbesi tak pernah daftar mengundi dan kalau mengundi pun dia mengundi umno. inilah penasihat kepada hassan ali dulu. rupanya betul lah apa tindakan hassan ali kepada tulangbesi. tulangbesi akan mengkhianat sesiapa saja yang tidak dapat memenuhi permintaannya. sikap jahatnya makin terserlah. aku ingatkan bila ada nya orang mati terutamanya pemimpin yang sudah lama bersama pas akan meredakan fitnah kepada pas, rupanya tulangbesi tak menginsaf sikit pun kematian ustaz hassan sukeri. jika kematian saudara kita tidak dapat menginsafkan diri maknanya orang tu merasakan dirinya jauh dari mati dan amat hebat dari segi ilmunya. mati tidak dapat menakutkan jiwanya. hati dan jiwanya sudah kering.

Ulasan