tak perlu ulas apa apa artikel

kalau ulas artikel yang ditulis tu dikira buang masa dan sadis kerana nak menengakkan benang basah. apa saja artikel yang ditulis perlu dibaca sahaja tak perlu dijawab. kalau nak kutuk siapa siapa saja boleh ajekan. lepas tibai siapa siapa kita pi jumpa dia dan bergambar dengan dia. susah sangat ke? lepas ni aku nak jumpa tulangbesi dan ulamak kepala lutut dan bergambar dengannnya. tak susahkan. lepas tibai kita bergambar ramai ramai. mcm kursus btn ajar je. kalau tak dapat lawan kita join diorang dan kalau boleh hancurkan dari dalam kerana susah nak hancurkan dari luar. bila diberi hujah bagi menjawab bagi pihak dikatakan sadis dan buang masa dan juga menyedapkan hati. apa jenis penulis ntah le. buat karangan cikgu bagi komen sikit tak boleh komen cikgu buang masa lah cikgu ni biarlah saya tulis apa yang ada dalam kepala hotak saya aje. cikgu jangan masuk campur pandai pandai bagi komen.

jadi dalam dunia blog ini kita boleh tibai siapa saja yang bukan si'ku dengan kepala kita. yang mana ada sikit je salah kita tibai dulu jangan bagi peluang. sampai demam dapat mc. untungnya orang bekerja untuk orang lain boleh mintak cuti (MC) sebab nak lakukan tanggungjawab yang maha besar. menjatuhkan kepimpinan yang begitu berdosa kepada rakyat. pemimpin umno yang terlampau banyak salah tak pulak dilanggar itu yang menjadi persoalannya. kalau salah sikit mesti kena langgar kalau salah banyak alah dah biasa. kalau umno buat tak apa biarlah dah memang sebab dia tu umno. apakah kenyataan ini yang berlaku dalam kepala hotak pastongkosong. bercakap bersumberkan malaysiakini, siapa malaysiakini dah dikaji siapa disebalik malaysiakini? jangan kata aku tak buat housework pulak... batuapi memang tak buat homework dia buat officework heheehe.

dimulut penuh perkataan jom kita hapuskan pengkhianat rakyat. tapi dalam masa yang sama melanyak pemimpin yang mahu membela rakyat. sampai demam tunggu nak bertanya 4 soalan seperti nujum pak belalang. dimalaysia kita terlampau banyak masa sebab itu mencari kesalahan amat mudah dari membetulkan kesilapan yang dah lama bersarang dalam kepala hotak. umno dah lesen besar untuk melakukan apa saja jenis kesalahan dan kalau umno melakukannya bermakna sebab dia umno. kenapa blogger tak mencegahnya supaya tak menjadi satu wasiat kepada generasi yang akan datang. umno rasuah tak apa sebab umno memang rasuah. mana boleh macam tu, sebab umno rasuahlah perlu ditentang dan diperbetulkan sehingga umno tak lagi mengamalkan rasuah. banyak tibai tak apa sebab lepas ini boleh bergambar apa. kau nak join aku ke bergambar dengan tulangbesi wahai batuapi@firestone.

Ulasan