sayangkan islam dan perjuangnya

islam di didirikan atas dua kalimah syahadah. tanpanya islam tak akan sempurna. walaupun siang malam duk atas tikar sembahyang aje belum tentu iman tak akan bergoncang. telah berkali kali diterangkan bahawa Ug telah ditutup dan dikambus dalam dalam. UG hanya valid dah sah semasa mantah paklah al sleepy. kenapa ug masih dikatakan akan dinaik taraf kembali, mengapa dalam hati kita masih was was untuk mempercayai. dalam hati tak akan ada dua benda dalam satu masa. mulut sayang kan TGHH tapi dalam masa yang sama masih menyimpan perasaan tidak yakin kepada presiden. islam berpaksikan kalimah syahadah, apabila syahadah di amati kita akan yakin kepada pengucapnya. apakah pernah TGHH khianat kepada parti, jangan cakap mengikut nafsu amarah bercakap melalui pandangan islam dan melalui kacamata iman bukan kacamata yang tak mahu memahaminya.

tidak ada benda yang duduk sekali, kalau islam tidak akan duduk bersama hati hati yang kafir, orang kafir tak pernah rasa selesa dengan islam. yahudi tak pernah rasa manusia lain lebih mulia dari mereka. perbezaan ini akan terus berlaku. jadi dalam hati kita tak perlu ada perasaan yang bercampur baur dengan perasaan yang tidak pernah yakin dan bergoncang seperti ada sesuatu yang menggoncangkan. kalau UG masih dibawa oleh TGHH dimasa akan datang, tentanglah dengan kudrat dan iradat yang ada. waktu ini YAKIN DAN PERCAYA SEPENUHNYA BAHAWA UG SUDAH DIMATIKAN. kalau tak percaya kepada janji janji dan kata kata TGHH bagaimana boleh dikatakan kita sayangkan TGHH. kalau sayang kita tak akan berpaling kearah lain yang menyesatkan pandangan kita.

adukatarakguna memang suka menyilaukan mata pandangannya kerana pandangannya bukan pandangan dari kacamata islam. pandangannya hanya untuk nafsu amarah dan juga mencari kebenaran bukan pada tempatnya. walaupun dikatakan mempunyai tulisan baik tapi jika tulisan tidak dipaksikan dengan alquran dan alhadith tulisan akan menjadi bisikan syaitan. kitab allah bukan boleh ditafsir dengan kepandaian akal semata mata, perlu ada rujukan. semakin banyak mendalami ajaran islam semakin kita kerdil dalam menghadapi ilmu allah. ulamak yang dibenci oleh adukatarakguna tak berani menulis jika tak benar benar pasti. jangan kita sesat seperti adukatarakguna. walaupun ada ulamak kepala lutut disisi adukatarakguna tidak semestinya tulisannya berlandaskan kebenaran.

walaupun tghh dikatakan oleh adukatarakguna tak pandai berpolitik, itu hanyalah pandangan seorang yang bangang. politik ada naik dan turun, ada waktu kita gagal mencorak pandangan dan gagal memberikan kefahaman tentang tindakan yang dibuat tapi bukan maknanya gagal. ahli politik islam tidak akan membuat keputusan jika tidak mendapat isyarat yang jelas dari allah. kita mengkritik ulamak wahal solat subuh pun sebulan sekali, apakah kita layak bercakap politik islam dengan baik. politik islam bukan sebacul politik kafir, jangan banyak sangat membaca buku tentang politik ugama lain kerana politik islam amat amat berbeza, jangan kita terpedaya dengan mainan minda orang orang kafir. hentikan dulu apa yang perlu hadap dulu musuh yang nyata bukannya membuat telahan yang bangang.

Ulasan