reformisjalanan makin bangang

kalau tak tahu tentang islam jangan bercakap melampau melebihi had. had had batas iman dan kufur, kalau sekadar menulis kerana sakit hati dan dalam keadaan ini iblis dan syaitan akan membisikkan perkara yang boleh merosakkan iman dan akidah. apakah reformisjalanan mahu akidahnya rosak sebelum mengadap allah. jika bencikan ulamak pun pandang dan tilik diri sendiri kita sendiri jangan pakai taram aje. kalau karl marx kata agama menjadi candu masyarakat apakah reformis jalanan mahu bertanggungjawab dengan tulisan celakanya itu jika ada yang terbatal imannya kerana terpengaruh dengan tulisannya.

ulamak adalah pewaris nabi, nabi memimpin dan jika ulamak memimpin apasalahnya. jika tidak suka kepada ulamak pun diam dan jangan sangka tulisan kita tidak dihisab diakhirat nanti. baca ini dulu sebelum reformis jalanan sedap sangat mengutuk ulamak. Sabda Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi. Para Nabi tidak mewarisi dinar dan tidak pula dirham, namun (mereka) mewariskan ilmu. Sehingga sesiapa yang telah mengambilnya (ilmu tersebut), berarti telah mengambil bahagian yang sempurna.” [Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya],

jika reformis jalanan banyak sangat membaca buku karl marx yang mahu mencandukan masyarakat dengan fahaman komunisnya apakah reformis jalanan mahu menjadi bapak komunis dimalaysia menulis fahaman baru ulamak candu kepada masyarakat. ulamak yang menyeru kepada jalan allah bukannya ulamak sesat tidak sepatutnya menjadi pertaruhan kepada batas batas iman dan kafir. tulisan reformis jalanan yang banyak menyamakan golongan gereja dengan ulamak islam adalah amat nyata dan jelas kebangangannya dalam memahami islam yang sebenarnya. islam dan yahudi tetap tak akan sama sampai bila bila. dan yahudi amat menyukai tulisan reformis jalanan. ia akan menyeret manusia sejengkal demi sejengkal sehinggakan kalau masuk lubang biawak sekalipun manusia tetap akan mengikutinya.
khalid samad, one g dan penarik beca boleh menjadi martin luther, boleh gelak sampai pagi, khalid samad memang boleh jadi martin luther kerana ucapan berapi rapi tapi orang yang pertama menyahut seruan umno. jangan lupa sejarah itu, penarik beca penulis pertama yang memusnahkan pas kerana menulis benda yang tidak betul dan sampai hari ini tidak meminta maaf dengan tulisan tipunya itu. one g banyak menulis tentang keburukan pas kerana ilmunya yang sangat tinggi. pergi belajar ugama jauh jauh tapi masih sempat berpoya poya dengan gadis disana. inilah orang yang diagungkan oleh reformis jalanan. mungkin kerana tulisan mereka yang meneroboh fikiran reformis jalanan dan tidak mahu lagi mendengar penerangan dari sebelah lain walaupun itulah realitinya. hentikan tulisan yang bangang dan membatalkan iman.

Ulasan