perang ulamak

perang 40 penyamun opp silap 40 ulamak masuk umno telah menjadi perang yang berpanjangan. nampaknya ada kilas dan buah silat cekak musang. ketua ulamak menafikan menjemput hosni mubarak dalam agenda menyerahkan borang keahlian umno kepada maharaja umno. shahidan kassim adalah pengelola dalam menguruskan kemasukkan 40 ulamak kedalam umno. baru baru ini shahidan kassim nafikan yang dia bertanggungjawab tentang kemasukkan ulamak ke dalam umno. ulamak pun boleh kena tipu sekarang dengan mudah. kalau kemasukkan pun dah kena tipu macamana nak berdakwah,asyik kena tipu je ulamak mesti tak terususun kerja kerja dakwah nanti atau menjadi kerja kerja "bekwah" inilah satu sebab ulamak masuk umno untuk mengbekwahkan dirinya.

dalam pada itu ada juga ulamak yang tak dijemput dalam usaha menyerahkan keahlian kepada mahaguru umno. aku pening satu perkara je, ketua ulamak masuk umno kata ada ulamak tak dijemput, kalau tak dijemput cukup ke 40 orang kalau tak cukup camno boleh istiharkan 40 orang, tak kan ulamak umno dah tipu masa masuk ke dalam umno. kalau dah tipu mesti masa awal awal ni mesti dah ikut perangai umno, nak tipu rakyat je kerjanya. sorang kata dijemput ketua ulamak masuk umno kata tak dijemput. dijemput kot tapi pakai panggil ikut mulut je tak ada surat rasmi, jadi tak ada hitam putih senang sikit nak lari. alah kerja kerja umno ni aku yang bukan ulamak ni pun dah khatam dah. setakat ulamak masuk umno buat kerja bodoh ni aku sikit pun tak heran sangat cuma aku kasihan lah kat ulamak belajar tinggi tinggi berapa puluh ribu harta rakyat habis hantar dia belajar ugama balik balik jadi bodoh. nak menipu pun tengok dulu sekeliling. kalau tak malu pada orang pun malu sikit pada ilmu yang kita belajar. kalau tak malu pada ugama yang kita belajar nak kata apa lagi kan.

perang ulamak masuk umno akan berterusan sehingga ada isu lain yang mengamit pandangan orang ramai. ulamak nak masuk umno masuk jelah, apa yang nak bising bising. tuhan dah bagi akal fikiran. pilih je jalan mana yang nak diturut. benar atau salah, haram atau halal. ulamak belajar sampai ke jordon pun tak boleh nak buat keputusan yang baik. macamana masyarakat dan rakyat tak jadi huru hara, ulamak sendiri pun tak berapa nak betul dah sekarang. yang menjadi persoalan sekarang kenapa ulamak nak bising bila nak masuk umno. ulamak pun mencari habuan dunia ke? apakah zaman ini seperti sabda nabi orang alim dan ulamak menjual ugama untuk harga yang paling murah. ya allah selamatkanlah iman kami dari mereka yang menjual agama demi kepentingan peribadi.

Ulasan