palastine dihati bagaimana rakyat sendiri???

dikala ini tumpuan dihalakan kepada sukarelawan sukarelawan yang pergi menghantar bekalan makanan kepada penduduk palastine, rakyat palastine saudara seagama tetap dihati umat islam di seluruh dunia. malaysia hanya menghantar 18 peserta sukarelawan dalam menyertai misi kemanusiaan ke palastine. semua rakyat menyambut kepulangan sukarelawan sukarelawan ini. semua sukarelawan diangkat menjadi perjuang perjuang. diatas keberanian dan kesungguhan mereka dalam usaha menghantar bantuan kemanusiaan ke palastine. aku tak mahu menyoal dan menyanggah usaha murni ini. dan aku salute kepada perjuang ini. mereka berani.

dalam kita sibuk menyambut kepulangan sukarelawan ini apakah kita lupa kepada perbuatan umno yang telah lama menafikan hak hak pembangkang. apakah kita hanya nampak kuman diseberang lautan. jangan lupa umno telah memberi wang kepada apco dan dengan wang itu yahudi dapat membeli peluru untuk membunuh umat islam. walau dimana jua kita waktu ini, perjuangan untuk rakyat sendiri mesti diteruskan. hak hak kewarganegaraan penyokong parti pembangkang telah berada ditapak kaki umno. umno melanyak warganegara yang menyokong parti pembangkang. jangan kita lupa dan alpa dalam menentang umno dalam negara. kita tetap bersama saudara seislam walau dimana jua kita berada.

kekejaman umno jangan kita tolak ketepi. umno telah menzalimi penyokong parti pembangkang lebih 62 tahun. apakah rakyat penyokong pembangkang bukan pembayar cukai, apakah rakyat penyokong pembangkang hidup tanpa memberikan impak kepada ekonomi malaysia. umno tetap jahat dan zalim kepada rakyat sendiri. walaupun ada ahli parlimen umno yang menyertai misi kemanusiaan tangannya tetap berdarah kerana menzalimi penyokong pembangkang. tangganya tetap mengangkat bila mengundi dalam parlimen. kerja kerja jahat umno tetap disokong ahli parlimen itu walaupun dia pergi menghantar misi kemanusiaan.

Ulasan

  1. Pergi ke Palestin dalam misi bantuan memang bagus, kalau mati syahid lagi bagus.Diharap pada masa akan datang, semua sukarelawan/wati dididik dan diasuh dengan betul bab agama dan jalan betul tentang Islam dulu. Sekarang ini nak jadi pejuang negara begitu mudah sangat. Pergi ke Gaza naik kapal, pastikan nama dan bin dicatat besar-besar kalau tak orang tak tahu. Macam kat Mukriz Mahathir kepada pemberita semasa menunggu wira-wira negara 'walaupun misi tersebut tidak kesampaian, sekurang-kurangnya dunia membuka mata tentang kezaliman Israel.Dengan desakan dunia, mungkin Israel akan kembali KEPANGKAL JALAN'.Inilah hasil didikan Umno dan beliau lebih istimewa kerana bapaknya sendiri yang mengajar beliau tentang Islam.
    Kah.........
    Kah.........
    Kah.........
    Rejim Zionis pun boleh balik kepangkal jalan.

    BalasPadam

Catat Ulasan