one g mengfitnah lagi

nampak title ustaz yang dipegang oleh one g begitu sinonim dengan watak warak dan berserah diri. apa yang ditulis kepada harakah nampaknya berat sebelah. one g mengambil kesempatan semperna muktamar pas untuk menghentam harakah cetak dan melindungi kegiatan wartawan harakahdaily online yang banyak mengfitnah pemimpin pas dari memberikan berita berita kebenaran. one g masih meneruskan sifat sifat jahatnya walaupun setiap hari mengajar manusia menyeru kearah kebaikan tapi dalam diri sendiri masih meneruskan fitnah yang membahang kepada pas. fitnah yang tidak kunjung padam dalam jiwa one g yang penuh dengan bisikan syaitan.

penulisan yang penuh dengan putar belit. dalam pas apa yang tidak kena boleh dibuat laporan sprm kalau betul apa yang didedahkan oleh one g, sprm sepantas bunyi akan datang ke pejabat harakah jika terdapat penyelewengan yang didedahkan oleh makhluk yang bernama one g. walaupun baru ini ditimpa kecelakaan pun masih lagi berlagak baik. kononnya kenal dengan pemecah keretanya. gambaran yang diberikan oleh orang ramai kepadanya menyebabkan beliau boleh menelaah siapa yang melakukannya. jika tiada bukti yang terang dan jelas one g jelas telah membuat tuduhan kepada seseorang walaupun dibalik kebaikannya hatinya memaafkan perbuatan orang tersebut. begitulah orang yang bernama one g yang hanya pandai mengajar benda kebaikan tetapi penuh dengan niat jahat kepada jemaah pas.

jika berpegang kepada apa yang benar dan apa yang salah kenapa penulis email tidak hadir dan mendedahkan seperti mana yakinnya kickdeliar membuat laporan kepada sprm. sampai hari ini sprm belum mengaum dan menangkap tok guru nik aziz. kenapa penulis email yang menghantar email kepada one g takut untuk mendedahkannya atau hanya tulisan one g yang berniat jahat. dendamnya kepada stopa ali masih membara. one g telah mengambil alih mangkuk badwi yang menerjah timb.presiden pas. kemanakah hilangnya mangkuk badwi yang dikatakan hebat dalam menulis dan menjadi idola kepada one g. apakah berdiam mencari idea baru utk terus menjahanamkan pas dari dalam.

kenapa merahsiakan pendedah salah laku harakah. berlaku adillah one g, kalau kamu orang yang benar seorang berpaksikan islam dihati bukan setakat dihujung lidah yang tak bertulang. ganaz dan zalim sangatkah orang pas sampaikan disamakan pas seperti nazi dan mafia. polis sedia melindungi orang orang yang boleh menyebabkan imej pas tercalar dengan teruk. percayalah polis akan bersama dengan orang ini. kenapa mahu melindungi kegiatan jahat orang pas jika one g orang penegak keadilan seperti dalam seperti mana yang diajar kepada orang ramai. jangan takut kepada kebatilan kerana yang benar akan menang atau entry one g adalah fitnah semata mata.

Ulasan