mampus lagi sekor dap di perak

nampaknya di perak dah jadi ladang menternak baka baka katak gergasi yang boleh bertukar ikut musim. mungkin masa mengawan dah tiba kot. tiba tiba je lompat jadi bebas. semalam gegor seluruh perak yang adun bn tak puashati dengan zambry. alih alih lompat lagi sekor dap. hebatnya negeri perak. bila pr geger tentang lompatan adun bn ada aje adun pr yang akan keluar menjadi bebas. siapa yang buat sidang media semalam sampaikan tersalah mendapat salah perkhabaran. apakah pr akan tinggal nama tidak lama lagi. 4 udah menjadi bebas, pr sudah menjadi 27 dan bn dan menjadi 28. kalau ada lagi pkr umum adun bn keluar parti mesti ramai lagi adun pr akan keluar parti.

dimanakah blogger blogger agung di perak sampaikan berita berita sensasi ini tidak dapat dihidu oleh blogger yang dikatakan hebat dalam merencanakan strategi. apakah nasib pr perak akan sama dengan pas terengganu. pas terengganu tumbang dalam pru bukannya secara lompatan mega dengan melalui penafasan melalui hidung tersumbat. apakah blogger pakatan dah hilang deria yang ke lapan sampaikan semua adun pr boleh ditarik masuk ke dalam bn. begitu mudah membeli jiwa dan raga pemimpin dap dan pkr di perak. buat laporan sprm lepas tu tarik balik dan setuju dengan barisan nasional. kenapa blogger pro pakatan tak menulis perkara ini. senyap aje sekarang. kalau ada pemimpin pas terengganu yang masuk umno mesti pecah dunia blog. tulangbesi@tulangrawan tak menulis apa apa tentang ini. tak dapat laporan ke atau sengaja menyembunyikan bukti bukti. biasanya tulangbesi dah tahu lebih awal apa yang terjadi sebelum orang lain tahu.

mana blogger dulu yang sibuk mempersalahkan presiden pas, sepi aje sekarang. dah habis gas ke menyerang atau menyimpan dulu untuk menyerang presiden pas seprtimana yang dilakukan oleh adukatarakguna. pr perak dalam bahaya sekarang ini tak akan blogger perak yang hebat dalam taktikal masih belum mahu bangun atau dah bosan dengan perjuangan yang tak memberikan apa apa pulangan lumayan. inikah dinamakan perjuangan. bila ada sedikit kesilapan dah diraungkan dalam blog menjadi satu kerja pulak untuk memadamkan kesalahan kecil yang akhirnya menjadi nanah kepada perjuangan. letihnya berjuang kerana terpaksa berhadapan dengan sesama sendiri dari berhadapan dengan musuh.

di malaysia perjuangan pas ke dap ke pkr ke, kita terpaksa berhadapan dengan dua benda satu musuh yang nyata dan satu lagi musuh dalam organisasi kita sendiri. akhirnya kita menjadi amat letih. padamkan api fitnah dalaman ditimbulkan kembali padam dibelah timur naik dibelah barat, akhirnya musuh yang patut diihadapi walaupun lemah masih berkuasa kerana kerja kerja memadamkan api api fitnah terpaksa di lakukan setiap masa dan ketika. kalau berhadapan dengan umno senang je, nak pakai kaki ke tangan ke senang tapi kalu sesama sendiri sukar nak pakai kaki. guna kaedah lembut tapi lambat berkesan. inilah malaysia banyak masa dihabiskan berlawan sesama sendiri dari menghadapi musuh. terlampau banyak sangat pemikir pemikir agung dalam parti, yang suka merosakkan parti, yang suka menabur fitnah. letihhh dan penat

Ulasan