kembalinya seorang perjuang

pedih terhiris, mengalir air mata bila mendengar berita kembalinya mantan timb presiden pas. sepanjang hayatnya tiada yang lebih diperjuangkan selain dari perjuangan islamnya. dalam hatinya tiada kekuatan untuk mencari harta dan pangkat sambil mengipas kuasa. apa yang ada dihatinya adalah perjuangan menengakkan islam. dihatinya tak pernah ada perasaan untuk menjatuhkan kepimpinan atasan. walaupun kalah dalam pertarungan timb.presiden, tok guru hassan masih tetap bersama pas. dia tak pernah mundur walaupun selangkah. tak pernah nak mengkhianati pas walaupun apa apa yang terjadi. tak pernah keluar dari mulutnya untuk menjahanamkan pas seperti makhluk makhluk yang dikatakan pro pas. inilah lambang seorang perjuang islam yang sejati. bukan hanya tahu bercakap seolah dunia ini dalam gengamannya.

semoga allah membalas segala usaha usaha dalam menenggakkan syiar islam dimalaysia. walaupun kerap kali difitnah oleh lawan, ustaz hassan terus bersama sama pas samada pas naik atau pas turun. perjuangannya yang panjang bersama pas akan terus dikenang oleh mujahid mujahid lain dalam mana semasa pas belum diterima oleh masyarakat ustaz hassan sudah bersama. perginya ustaz hassan akan mengurangkan satu kelipan bintang dalam perjuangan pas. perginya tiada pengganti yang setara dengannya. semoga roh ustaz hassan kembali dengan tenang dan damai. pada allah kau datang pada allah kau kembali.

Ulasan