erdogan dan ulamak dalam pas????

sejak bila parti islam semalaysia mempunyai puak puak dalam barisan anggota jemaah kepimpinannya. saf saf kepimpinan pas tidak pernah mengamalkan kepuakan dalam menentukan saf saf kepimpinan. gelaran erdogan, ulamak dan golongan professional hanyalah mainan media umno dan juga blogger luncai. bagaimana geloranya pas menempuh badai serangan samada serangan berbentuk peribadi atau serangan kepada sesetengah pemimpin. pas masih bersatu diatas satu tali iaitu islam. pas tak mudah tunduk dan tumbang dengan mudah walaupun badai fitnah menggila mendatanginya. di hantam dikritik di kiri dan kanan, pas tetap teguh bersama islam. pemimpin datang dah pergi tapi yang menyatukannya adalah islam. itu yang pasti.

pas tak pernah memberikan apa apa kepada sesiapa yang berjuang bersamanya. pas tak menjanjikan kesedapan hidup, kemewahan harta benda dan juga memenuhi nafsu nafsu jahat.sesiapa yang berjuang bersama pas lebih banyak azab sengsara, menderita dan sentiasa berada sejengkal dilubang musuh musuh yang amat bencikan perjuangan yang dibawa oleh pas. jika ada kesilapan dan keburukan pemimpin itu tak bermakna pas akan rosak dengan kesalahan kecil ini. lautan mana yang tak bergelora, bercakap dengan pelbagai loghat tapi hakikatnya mereka hanya satu iaitu mendaulatkan islam yang utama. tak kira siapa pemimpin pas di peringkat pusat, zaman tok guru haji yusuf rawa, tok guru fadhil noor hinggalah ke zaman tok guru haji hadi tak ada tembok yang memisahkan perjuangan ini. semuanya bersatu walaupun kalah sepanjang masa. kalah dah jadi satu habit kepada pas dan sampaikan bila menang pun masih bersikap dengan sikap pembangkang.

pas tak pernah menunjukkan kepada rakyat yang mereka ini berpuak puak, tak pernah ada puak puak yang diakui sehingga ke hari ini. pas sendiri menentang assobiyah bagaimana nak membentuk puak jika assobiyah sendiri ditentang oleh pas. erdogan dan ulamak hanya satu mainan minda untuk memberikan persepsi buruk kepada pas oleh musuh musuhnya dan disambut mulia oleh penyokong pas yang dah tersesat jauh dalam permainan musuh musuh islam. jika dua puak ini wujud dalam pas bagaimana dengan nasib kekanda haji mat sabu, mat sabu tidak mewakili mana mana puak, erdogan tidak ulamak pun tidak, jadi apakah mat sabu akan hanyut di arus perdana pas. apakah kekanda mat sabu akan menubuhkan satu lagi puak dalam pas? kalau ada apakah nama baru puak haji mohd sabu. jangan mempercayai bahawa pas ada puak didalamnya.

Ulasan