calon pas MESTI KAYA????

terbaca artikel dan rasanya termual dan dan dan situ juga nak muntah rasanya baca tulisan ini. inikah tulisan dikurun mana yang diambil ntahlah. nampaknya dalam pas tak berapa ramai pemimpin yang kaya raya sepertimana yang dimahukan oleh penulis ini. mungkin penulis boleh jadi calon kerana dia seorang yang kaya. mungkin sistem yahudi diamerika boleh digunapakai di malaysia. sebelum bertanding menjadi calon presiden amerika syarikat kelayakan utama adalah orang yang mempunyai harta berbillion sebelum dipilih menjadi calon. jika kurang dari kelayakan tidak akan dipilih walaupun layak untuk menjadi calon. berapa keratkah pemimpin pas yang layak menjadi calon sekiranya kriteria bangang ini di jadikan faktor utama. ada dalam 10 orang je kot dalam setiap negeri.



aku ambik contoh negeri terengganu, terengganu darul tulangbesi, tulangbesi mesti bengang gila kat pas terengganu. ust awang dagang dikemaman kerja hanya mengajar di surau surau sumber pendapatn hanya bertani, orangnya warak tapi ia tetap tak layak jadi calon kalau ikut tulisan bongkarsauh kerana ustad awang dagang miskin. ustaz saiful bahari di dungun juga tak layak jadi calon kerana ada kereta lama sebuah kerana tak mampu beli kereta baru, ustaz saiful bahari bekas yb masih tak layak dijadikan calon dimasa akan datang kerana juga tak kaya. di marang yahya ali juga tak layak jadi yb lagi kerana miskin. pakai motor dengan berkain pelikat pergi ceramah kerana tak mampu beli kereta mercedes. wahid endut di parlimen dan dun juga tak layak kerana tak memiliki apa apa kekayaan walaupun dah lama menjadi yb. yang layak di terengganu tok guru haji hadi kerana mewarisi harta dari ayahandanya. ada lah sikit harta di rhusila. ayah wan mutalib seorang peguam kaya dan layak jadi calon.



dr alias yb di bukit tunggal tak layak jadi calon walaupun dia seorang doktor, dah 2 penggal jadi yb tapi tak juga kaya kerana tak pandai makan harta rakyat dan balun projek. ustaz abu bakar abdullah lagi teruk kerana tugas dia intitut swasta yang sudah berkubur kerana kejahatan umno. syed azman di batu buruk mungkin bolehlah jadi calon walaupun berpangkat dr tapi tetap miskin kerana dia orang bukan jenis berniaga dan ada sykt yang dapat kontrak berjuta juta dari kerajaan terengganu. sebab keluarga dia meniaga bolehlah dia tumpang jadi kaya. yb di bukit payung siang malam kerja dia memberi usrah, tamrin apakah dia tak layak juga jadi calon.



apakah umar abdul aziz tak layak memimpin kerana tak punya wang, jadi umar abdul aziz tak layak memerintah kerana ia miskin. dalam kontek kepemimpinan apakah perlu seorang yang amat kaya dalam memimpin. dimana rasional tulisan ini. begitulah penulisan seorang ustaz tersohor dalam akhbar umno menulis tentang calon calon pas. mungkin ulamak kepala lutut boleh jadi calon kerana dia kaya sebab banyak dapat undangan ceramah halal dan haram. walaupun yb atau calon yb pas miskin tidak semestinya kesemua mereka tak berharga. kenyataan kali pertama aku dengar yang amat amat amat bangang untuk mencari calon pas yang kaya. apakah ustaz lupa pada asal wujudnya pas, apakah gelaran parti pas. kalau ustaz nak jadi kaya silalah ustaz masuk umno kerana umno menyediakan platform untuk jadi kaya, jangan ustaz menyemakan menambah lagi keraguan dalam hati orang orang penyokong pas.

Ulasan