blogger pakatan rakyat dipinggirkan?????

banyak blogger pakatan rakyat meluahkan rasa tidak puashati kepada cara pemimpin pas melayan blogger blogger yang pro kepada pas. nampaknya pas terus menganaktirikan blogger pakatan rakyat. pas akan berhadapan musim gelap dan gerhana jika terus memberikan layanan kurang ajar kepada blogger pro pakatan rakyat. blogger telah menulis dengan cara tidak puashati dengan pengurusan pas semperna muktamar pas yang akan berlangsung tidak lama lagi. blogger mahu diberikan pas media dan berada bersama level media media perdana. akhirnya ketua penerangan pas mengambil keputusan supaya blogger mengambil pas pemerhati untuk muktamar yang akan berlangsung dinegeri mertua adukatarakguna.

blogger menulis seolah olah pemimpin pas meminggirkan media blog dan cakap tak serupa bikin. banyak yang ditulis dan banyak yang telah diulas oleh banyak blogger yang tidak puashati kepada cara pengurusan pas semperna muktamar pas. pas ditekan dikiri dan kanan. muktamar pas sudah tidak seaman dulu, dulu muktamar pas tidak ada siapa yang peduli pun. tak ada kain rentang, tiada iklan pun, yang datang perwakilan dari seluruh negara. pelbagai jenis manusia ada dalam pas berhimpun. banyak yang sengkek datang menjadi wakil dan hanya tidur di masjid, tidur di tepi surau yang dipenuhi nyamuk. makan nasik yang dimasak berkawah kawah. makan ikan kering adalah satu lauk yang pasti. tapi waktu orang pas bersatu dan masih mengamalkan hormat menghormati dan tidak berlaku kurang ajar seperti sekarang.

tidak bolehkah blogger berlapang dada. apakah penting sangatke dapat pas media? apakah yang kita perjuangkan? kita dah lupa kepada akar kepada PAS? jangan jadi orang yang lupa diri, sedar diri, ingat allah banyak banyak. kita lupa pada asal perjuangan kita, kita mahu keredhaan allah atau keredhaan manusia. jangan cakaplah kita berjuang kerana allah kerana ujian tidak mendapat pas media kita dah mengamuk menulis apa yang kita tidak puashati. ini akan terus mencacatkan imej pas yang sudah semakin parah dilanyak oleh musuh musuh dan juga ahli ahli pas yang semakin lupa diri kerana hebat sangat dalam menulis dalam blog.

islam tak mengajar kita mencaci sesama sendiri, lebih baik kita diam dari terus mendamagekan imej pas. islam mengajar kita bersabar, benda yang boleh dibawa berunding terus dihadapkan seolah olah tak dapat pas media blogger tidak dapat memberikan laporan kepada pembaca blog mereka. setiap tahun aku berada hanya diskrin diluar muktamar. apa yang sebenarnya kita mahu, aku makin tak faham dengan penyokong pas ini, benda sekecil kecil diperbesar besarkan atau blogger mempunyai agenda lain. buangkan perasaan tidak puashati kerana ia akan merosakkan jemaah. jangan jadi sesetengah blogger yang hanya pro pas tapi setiap hari menulis keburukan pas.

islam mengajar kita mendapat pahala seperti kita menderma, kalau menderma dengan tangan kanan jangan diketahui oleh tangan kiri. menulislah demi parti islam bukannya meruntuhkan. kita hanya mahu pembalasan diakhirat bukannya pembalasan didunia. apakah tidak menulis tentang muktamar pas pembaca blog mereka akan lari. kalau hati kita ditarbiyyah dengan tarbiyyah islam, kita akan melindungi keaiban sesama islam bukan terus mengfitnah. wahai hati hati yang mendidih, damaikanlah, sejuklah hati anda semua dengan zikir. jangan kerana tulisan kita, kita menjadi pemusnah jemaah islam. jadilah orang yang sentiasa berlapang dada bukannya orang yang penuh dengan berprasangka jahat di hati.

Ulasan