umno boleh buat apa saja?

umno telah ditubuhkan adalah untuk merampas kemerdekaan dari pejuang perjuang yang telah lama berjuang, umno sebenarnya tak pernah berjuang pun, umno seperti dedalu yang hidup menumpang diatas orang lain, hidup menghisap darah, vitamin dan apa saja dan akhirnya dia mengaku memerdekakan tanah melayu atas nama umno. umno gah mengatakan bahawa tanpa mereka tanah melayu tidak akan merdeka. dan rakyat tanah melayu menyambut baik apabila umno mengumumkan bahawa tanpa mereka tanah melayu tak akan merdeka. nama perjuang perjuang lain disingkir dari sejarah tanah melayu. yang ditulis hanyalah nama umno.

dan bermula dari era itulah umno dengan bangganya mengumumkan bahawa umnolah yang memerdekakan tanah melayu padahal umno hanya menumpang perjuang yang bermandikan darah dan keringat untuk memerdekakan tanah melayu. tanpa penat berjuang umno mendapat nama. sejarah tanah melayu yang panjang dipotong dan diolah kembali. dan bila muda mudi membaca sejarah tanah melayu adakalanya terpotong dan tidak ada penyambungan. seolah olah bila ada umno baru ada penentangan terhadap penjajah. dimana sumbangan Angkatan Pemuda insaf (API) , dimana KMM, dimana ahmad boestaman, sejarah tanah melayu seolah tiba tiba aje meletup tanpa ada kesan kesan lama. inilah umno menghapuskan kesan sejarah lama dan menulis sejarah menggunakan nama mereka. kan hebat namanya umno.

sebab itu sekarang ramai pemimpin umno yang gila mendabik dada mendakwa umno yang membawa pembangunan dan bijak memerintah. umno kata parti pembangkang tak boleh menggunakan masjid untuk berpolitik, pembangkang kena sedar bahawa umnolah yang mendirikan masjid dan sebab itu diselangor umno boleh gunakan masjid walaupun pakai duit rakyat tak kira umno atau pas atau pembangkang yang lain. kalau pembangkang diri masjid baru boleh gunakan untuk tujuan politik. inilah bangangnya politik umno. rakyat perlu sedar yang siapa yang memegang tampuk pemerintahan mereka akan atau terpaksa mengadakan apa saja kemudahan untuk rakyat walaupun komunis memerintah tanah melayu.

sikap umno yang suka mengambil jalan kemudian apabila nampak kejayaan telah diakui oleh british dan sikap umno yang suka kepada british menyebabkan british memerdekakan tanah melayu dengan umno. banyak yang telah digadaikan oleh umno kepada british. sekarang pulak umno gadaikan tanah melayu kepada brunei, batu putih kepada singapura, semua akan digadai jika umno masih terus memerintah tanah melayu. sikap tak pedulikan rakyat malaysia akan berterusan. mereka akan peduli kepada rakyat apabila ada pilihanraya kecik atau umum. diwaktu ini akan menampakkan umno lebih dari seorang pemimpin. menipu rakyat adalah kerja wajid bagi umno. lamanya umno memerintah terus akan melahirkan pemimpin yang bodoh seperti shafie pedal, muhyidin walaupun dia kata dia lompat kelas waktu belajar dulu.

Ulasan