umno berhujah?

umno dikatakan kalah berhujah di sibu dan akhirnya menggunakan polis untuk mematikan hujah pakatan rakyat. setahu akulah umno ni bila masa dia berhujah, tak pernah dalam sejarah umno pun umno berhujah, semasa kemerdekaan tanah melayu pun, umno hanya jadi pak turut kepada british. umno kebiasaannya hanya berhujah apabila berjumpa sesama sendiri, berhujah apabila berebut harta harta rakyat. untuk umno berhujah dengan rakyat malaysia mereka tak akan berhujah kerana mereka sendiri pun tahu hujah mereka hanya hujah palsu dan hanya untuk menceritakan kebaikan mereka yang tak pernah ada kebaikan langsung untuk rakyat jelata. hujah bangang adalah keperluan asasi umno.

umno tak pernah berhujah itulah yang sepatutnya ditulis oleh orang pembangkang, umno hanya tahu menggunakan apa saja yang boleh menakluk hati rakyat yang sememangnya mudah dibeli dan mudah lupa. hakikatnya umno tak pernah berdepan dengan rakyat dengan hujah, mereka berdepan dengan rakyat hanya menggunakan media massa bisu, media maya yang pekak dan yang paling baik berdepan dengan rakyat adalah menabur wang sepertimana menabur dedak kepada ayam. apabila ayam kenyang tak perlu lagi umno bercakap. mulut penuh dengan makanan jadi tidak timbul lagi soal berhujah dengan fakta.

sebab itu kumpulan taskforce13 , usrah barbican pun sama dengan umno, mereka tak akan berhujah, mereka hanya menipu dalam berhujah, menulis ikut sedap hantam aje, kalau tak nafi kira betullah, sebab kamu pemimpin aku boleh hantam. sebab nak bawak pas masuk umno, hang ingat nak bawak masuk pas kedalam umno pakai niat aje ke. kumpulan ini adalah memegang idealogi umno, mereka tak akan mampu berhujah kerana umno tak pernah berhujah pun, mereka pakai minda jahanam je, macam deris jusoh bagi penerangan yang disebut sepanjang majlisnya adalah gelombang biru, itu ajelah yang disebut. umno bercakap macam puak puak taskforce13 bercakap mereka berhujah kosong. dan mereka memang tahu hujah mereka kosong dan mereka hanya seronok berhujah koosong kerana ramai jugak yang boleh ditipu oleh mereka.

Ulasan