selamat datang cikgu PASTI ke terengganu

terima kasih kepada cikgu cikgu pasti yang mendidik anak anak orang islam samada yang menyokong pas, ahli pas atau juga yang tidak pernah suka kepada pas tapi masih menghantar anaknya ke PASTI. walaupun dibebankan dengan pelbagai bebanan dan dengan keadaan gaji yang amat tidak berpatutan cikgu cikgu pasti masih meneruskan perjuangan mendidik anak anak kecil ke arah islam. Pada 28 dan 29 mei ini Cikgu cikgu PASTI seluruh malaysia akan datang ke negeri terengganu. semoga allah merahmati usaha usaha anda semua. tak dapat balasan didunia pun diakhirat pasti ada ganjarannya.

hari ini baru berpeluang sikit tinjau blog sendiri, dah lama tak tengok dah bersarang macam macam benda dah. terima kasih kepada sahabat blogger otai, wak albanjari, amdang81 sudi add link, pemuda batu enam, musafir lalu, mungkin ada lagi yang aku tak sempat tengok, kalau ada masa aku akan cari satu persatu.mintak maaf kepada semua sahabat tak sempat nak link blog kalian semua dari blog picisan ini, semoga kalian terus bersama perjuangan islam, kalau aku tak betul tegurlah aku, aku hanya insan yang penuh dengan perasaan marah, cepat panas, darah cepat mengelegak, cuping telinga mudah bertukar warna. aku hanya produk tarbiyah dari rusila, seberang takir dan kubang lembik. aku suka makan pil wala' dan thiqah dan aku pun pernah membaca dan hazam kitab masteeka hadith.

islam mengajar kita sentiasa patuh kepada ajarannya, bukan ikut sedap nak ambik sekerat sekerat, pakai ilmu minda yang penuh dengan tipu daya iblis dan syaitan. perjuangan islam tak akan mati jika kita mati seorang beribu ribu lagi akan datang menyertai perjuangan ini. matinya kita akan bertambah seratus atau seribu lagi perjuang yang lebih hebat dan mempunyai minda yang cergas. islam pasti akan gemilang kembali itu janji nabi dan kita hendaklah mempercayainya walaupun ada mangkuk mangkuk yang mempertikaikannya walaupun yang mempertikaikannya adalah golongan cendawan, dan yang akan menghuni sungai buloh tak lama lagi.

Ulasan