prk sibu - panggilan jihat yang tak disahut

nampaknya aku dah kehilangan mood nak pergi ke prk sibu, esok dah bermula penamaan calon, aku tak tahu kenapa aku kehilangan mood nak kesana, bukan kerana dap yang bertanding, bagi aku kalau tolong calon bebas pun ok apa, asalkan dapat lawan barisan nasional. itu yang penting dalam hidup ini. selagi umno dan barisan nasional masih lagi berada dalam arus perdana mereka akan terus menyeksa rakyat marhaen. mereka tak pedulipun apa nak jadi kepada rakyat. nak mampus ke nak jilat chok ke semua yang penting bagi mereka adalah wang.


esok dah bermula penamaan calon bagi prk sibu. dap dalam pakatan rakyat, dan perlu ditolong samada diundang atau tak diundang. jika berlaku lagi seperti mana prk hulu selangor, aku boleh jadi pelancong politik, ambik gambar kat pejabat media utama, boleh cari kesalahan orang dap ke pkr ke pas. alah nak cari salah bukan payah mana sangat. bawak kamera je. pasang telinga selebar telinga parabola, boleh dengar apa saja. nak muat dalam blog bukan ke hebat namanya. kalau aku tak nak siarkan aku boleh email gambar ke mana mana blog yang tak datang ke sibu. valuenya mesti tinggi apa. naik rangking blog itu yang penting .fitnah ke tak itu tak penting.


kena tubuh tabung ini, nak pergi melawan prk sibu, siapa yang ada duit lebih boleh derma ke tabung prk sibu. ini tabung untuk kegunaan aku, nak beli tiket kapalterbang, nak send sms ke, khabar angin, berita berita sensasi, mana pemimpin pas yang tak hadir mesti kena sebarkan secara dalam meluas dalam blog. mana pemimpin pas yang tak hadir hari penamaan esok pasti aku muatkan dalam blog. kalau prk sibu pakatan rakyat kalah aku akan ambik gambar mana mana pemimpin pas yang tak hadir dalam majlis penenang jiwa.


kalau hassan ali tak hadir mesti hassan ali masih lagi dengan UG, kalau ust nasharudin tak hadir mesti kena terjah, aku terjah pakai kaki tak pakai tangan macam wartawan jakun. kalau tok guru haji hadi tak datang aku buat projek baru langgar 5. aku akan menulis dari sibu berdasarkan khabar khabar angin, menulis gaya bapuk tua, datang ke sibu mesti cari tempat ceramah barisan nasional. bawak camera dslr yang paling canggih yang boleh zoom berkali kali, dari lombok pun clear apa. rokok segeret tak main dah main rokok daun je. duit tabung tu boleh guna untuk usrah sambil minum barbican, makan nasik arab ahhh sedapnya dhob. uwekkkk ni biawak le. bukan dhop.

Ulasan