pertembungan pas dan umno

Pas membawa ajaran islam yang syumul, kenapa kita selaku penyokong dan ahli pas mengatakan pas membawa ajaran islam dan bukannya umno. pertanyaan yang bertalu talu dari umno dan juga bukan umno. umno bertanya kenapa pas mengatakan umno tak membawa ajaran islam langsung dalam pentadbiran atau cara memerintah islam, islam bagaimanakah yang sebenar dituntut. orang umno solat lima waktu, orang pas juga solat lima waktu, orang umno solat ada adab dan tertib, orang pas solat ada adab dan tertib juga, bacaan alfatihah juga sama, berjubah, mengucap salam bila berjumpa. sama sama naik kapalterbang mas ke mekah madinah menunaikan haji dan juga menunaikan umrah. jadi dimana bezanya orang umno dan pas?

soalan soalan ini terus berlegar dan jawapan jawapan yang diberikan oleh orang pas masih belum ketemu satu titik untuk memusnahkan terus pertanyaan dari umno. orang umno terus menerus bertanya soalan yang sama dari dulu sehingga sekarang. 50 tahun dulu orang umno bertanya kepada orang pas dimanakah bezanya kita? aku juga solat seperti kamu, aku keluarkan zakat. aku juga mengucap dua kalimah syahadat, aku juga menunaikan haji di baitullah. aku juga puasa dibulan ramadhan. apakah bukan islamkah lagi aku kalau sudah menunaikan lima rukun islam dan beramal dengan 6 rukun islam. jadi dimana perbezaannya pas dan umno? tiada beza pun kan, kalau menilik dari segi biologi pun tak ada bezanya orang umno dah pas.

islam datang ke tanah melayu melalui pedagang pedagang arab yang datang berdagang. islam yang dibawa ke tanah melayu adalah islam lemah lembut. islam tak pernah menakluk tanah melayu, pengislaman orang tanah melayu adalah tak lebih tak kurang dari pengislaman raja raja ditanah melayu, rakyat jelata ditanah melayu akan menganut agama islam secara ikutan bukannya mahu mendalami apa itu islam, kefahaman islam bukannya meresap masuk kedalam jiwa rakyat ianya sebagai tanda hormat kepada raja raja. islam berkembang ditanah melayu melalui perkahwinan, sokongan kepada pembesar, tuan tanah yang memeluk islam. islam bukan masuk ketanah melayu dengan golongan yang mahu mencari kebenaran.

islam yang diterima oleh tanah melayu melalui kaedah lemah lembut. sebab itu penganut islam di tanah melayu mudah rebah apabila ada kedatangan ugama baru. pemahaman tentang ugama islam tidak menyeluruh, ia disebarkan secara berdagang. perkahwinan, semakin lama semakin terhakis kepercayaan rakyat jelata kepada ugama islam kerana islam hanya agama nenek moyang dan bukannya islam masuk menerjah minda dan jiwa umat melayu. islam tidak meresap dan mesra kepada melayu, dengan kata lain islam melayu hanya islam baka. sebab itu islam makn hanyut ditelan arus zaman. islam makin terpinggir dan akan hilang jika terus membenarkan umno memerintah. kenapa orang pas katakan umno tak mahu kepada ugama islam. dimana titik permisah antara pas dan umno, UNTUK ORANG YANG MAHU BERFIKIR

Ulasan