perlantikan pengarah pilihanraya sibu

timb.presiden pas telah menamatkan kerja kerja sebagai pengarah pilihanraya untuk prk P.094 hulu selangor walaupun gagal mempertahankan hulu selangor dari jatuh ke tangan barisan nasional. ust nasharudin tahu bahawa menerima perlantikan sebagai pengarah pilihanraya di parlimen hulu selangor akan menerima nasib yang lebih buruk andaikata jika pakatan rakyat kalah. dan ditakdirkan bahawa pakatan rakyat gagal mempertahankan hulu selangor, dan puak puak pasreform amat seronok dengan situasi ini. ust nasharudin disembelih hidup hidup.

oleh kerana timb.presiden pas gagal berfungsi dengan baik seperti mana kata pasreform, task force13 dan juga golongan yang bencikan pemimpin pas, maka pilihanraya sibu ini pasreform akan menghantar tenaga tenaga pakar ke sibu. bagi pihak pasreform, pasreform mempunyai seorang yang amat bijak, laduni, khasaf dan bijak mengatur strategi untuk melawan barisan nasional. aku rasa dengan itu pas sepatutnya melantik one G sebagai pengarah pilihanraya untuk sibu. dengan kepakaran bermain facebook dan mempunyai blog yang mempunyai pengaruh lebih 4 juta ahli diseluruh dunia dan blog ini diupdate setiap hari, maka aku penuh yakin dan percaya akan perlantikan ini.

One G haruslah dijuga dibantu oleh tenaga langgar yang amat hebat iaitu ketua pasreform yang akan melanggar tok guru haji hadi. dengan perlanggaran ini bermakna kewibawaan adukatarakguna boleh menggunakan keupayaan intelek minda genetik bukan melayu akan mudah menawan kawasan sibu. dengan dibantu oleh GMC (Global Media channel) yang telah dibekalkan duit sebanyak rm 4juta. pc, kenyataan pengarah, perang saraf, sakit saraf semua boleh dilakukan disini. laporan dari lombok pun boleh disalurkan terus ke sana. disini sibu rakyatnya amat terbuka minda dan mudah untuk pengarah pilihanraya memberikan input dan ceramah, atau juga risalah yang boleh memberikan penerangan untuk membantu dap disana.

jentera prk dap akan dibantu oleh pasreform, dan keupayaan mereka akan melebihi keupayaan nuklear dengan kekuatannya akan ditambah beberapa platon yang akan sampai dalam masa 3 atau 4 minit jika diperlukan. ahli pasrerorm dah menjangkau lebih 4 juta ahli kesan dari pelanggaran tok guru haji hadi, presiden pasreform tak mengail, dia suka pergi mengasah minda di cybercafe dan juga menulis kitab dari sana. berbekal rm2 dah boleh menulis berpuluh puluh entry dalam blog yang percuma itu. pasreform menggunakan semua teknologi canggih akan digunakan untuk menawan minda pengundi. teknologi 1G ke 2G ke 3G atau satellit akan digunakan. di sibu tiada lagi minda seperti orang felda, boleh dikawtim punya.

dap sangat bertuah kerana dapat menggunakan kepakaran pasreform dan taskforce13 akan bergabung untuk membantu pakatan rakyat di sibu. agensi fakap akan memberikan input terus menerus, perisikrakyat hanya perlu bawa kamera ke sana sini dan bawak balik laporan ke bilik gerakan utama, ali bagang boleh bertindak sebagai PA one G, koordinat pergerakkan kemana saja one g nak pergi atau nak pergi snap picture di kawasan lokasi. tulangbesi boleh menulis dari lombok dengan maklumat khabar angin. pasti sibu akan kedakapan pakatan rakyat.

Ulasan