memenuhi jemputan

sebagaimana janji aku dulu, selepas prk hulu selangor aku akan datang kembali ke hulu selangor, bukan datang untuk merayu undi, hanya datang untuk memenuhi janji janji seorang penyokong pas, aku tahu tak bisa merubah apa apa keputusan tapi aku datang untuk menyaksikan apa yang akan berubah. mungkin apa yang akan berlaku bukan untuk hari ini tapi masa akan datang. inilah yang sepatutnya pas lakukan. buat lawatan sekerap mungkin walaupun selepas prk atau pru.

mungkin hasilnya tak akan nampak dua hari atau bulan tapi memakan masa bertahun tahun. mungkin pas boleh menuai hasil dimasa masa akan datang. pas bukan boleh bertamu dimasa masa akan datang dimasa jua, dan pas akan lekat dihati rakyat jika kita terus mengunjungi mereka. pastikan mereka terus bersama kita, mungkin ada zuriat mereka akan mengikuti kita dan menjadi perjuang kita. pas perlukan ramai perjuang bukannya berjuang untuk anak tekak dan bukan berjuang untuk ceo.

prk hulu selangor dalam kenangan, semoga ukhwah bersemadi didalam diri. semoga pas akan terus berkembang dari hari ini ke semasa. tahun demi tahun, bukan wala' kepada duit dan pangkat, wala' kepada allah dan rasul.

Ulasan