langkah husam makin laju

alhamdulilah kekanda husam akhirnya menjawab segala tohmahan yang dilemparkan kepadanya, hari ini husam mencabar media menulis nama pemimpin yang seperti yang disebut oleh kik. kik pun nampaknya panas juga dalam aircond macc, ingatkan boleh beku dalam udara penyejuk di pejabat macc, tapi lain yang ditembak akhirnya tertembak diri sendiri, terpaksalah tulangfitnah turun menyerang TKO dengan gaya bapuk tua, menyerang tko menggunakan blog spy yang semakin bersepai. terjahan husam makin menjadi nampaknya, sekarang apa yang orang nampak bukan husam yang memelihara hantu air tapi hantu air lupa tuannya amat licik dalam permainan politik berbanding hantu airnya yang menyangkakan bila dah pakai baju petak petak merah dia dah boleh menjadi pandai dan licik dalam permainannya.

husam berkata bagaimana dia nak menjawab sedangkan namanya tidak disebut dengan terang dan nyata hanya berselindung dibalik nama exco kanan, husam mencabar media menamakan beliau jika namanya disebut oleh kik, kik sepatutnya kalau nak menyerang husam hendaklah sebut secara jantan bukan menjadi bapuk tua seperti tulangbesi, kalau kik benar benar seorang islam yang takut untuk berbohong dan melemparkan fitnah. kalau pemimpin pas dituduh penipu sepatutnya kik menunjukkan kehebatannya memberikan kenyataan akhbar, sebut dengan terang nama orang yang terlibat. agenda musuh hanya untuk memusnahkan pas itu aje agenda terutamanya utusan malaysia. kik mendapat frontpage dua tiga hari ini di utusan.

zulkifli bakar seperti biasa akan mengulas dari sudut negatif, dan biasanya sumber yang dikatakan oleh zulkifli bakar adalah dari dalam pas, tulisannya seolah merujuk kepada husam kerana kenyataan pemimpin pas yang ntah dari mana yang dikutipnya atau hanya duduk tepi longkang untuk menulis tentang pas. inilah lidah utusan melalui wartawan zulkifli bakar dan apa kata husam media mempunya agenda tersendiri telah terbukti. zulkifli menulis kononnya mahu pemimpin kanan meletakkan jawatan dalam pas kalau mengikut kata pemimpin pas, siapakah pemimpin kanan pas yang dipetik oleh zulkifli adakah orang itu tulangbesi atau juga ulamak kepala lutut, biasanya inilah pemimpin pasreform yang memberikan kenyataan bangang kepada media biasanya. (tulangbesi pemimpin kanan pasreform, wartawan buang perkataan reform kat belakang jadi ambik pas aje, biasalaha wartawan utusan mana ada betulnya berbelit mcm ular)

bantuan dari media utusan malaysia kepada kik belum mampu mengugat pas, oleh sebab itu, pelbagai cara akan digunakan oleh kik dan sekutunya. dan paling akhir dan yang terbaru serangan tulangbesi dari lombok kepada tko, selepas gagal kik mengaitkan pas dengan gmc, benar kata husam bahawa galah dah nampak tapi dimana tuan galahnya, kalau ada galah tak boleh galah terkait buah sendiri bagi gugur kebumi, kenalah ada yang menjoloknya. kalau tak menjolok tak akan gugur le buahnya, kalau salah jolok tertimpa muka sendiri lagi susah, nak kenakan orang sendiri terkena. nampaknya kik dah tersalah jolok terjolok buah dan jatuh ke muka sendiri, sendiri buat sendiri tanggunglah.

Ulasan

  1. umno minat sgt guna tulisan pencacai dari pas reform kan

    nampak sgt diaorang ni penjaham pas macam utusan setan gak

    BalasPadam

Catat Ulasan