kumpulkan dana tabung perang saraf

kepada semua penyokong dan ahli ahli pas terengganu yang membayar yuran, mulai 1 jun 2010 kita kumpulkan dana untuk membentuk satu dimensi baru dalam politik dinegeri terengganu, kekanda kita husam musa dikelantan hanya perlu mengumpul 40 ribu saja untuk mengalahkan awang adek dan sekutunya. pas terengganu perlu bangkit dengan segera untuk melaksanakan projek kutipan tabung dana perang saraf pas terengganu. kita perlu berfikir sebagaimana kata kekanda kita husam, kita pakai otak pas untuk mencari dana ini bukannya pakai otak umno.

apa jua benda yang dibelanjakan ke jalan fissabillah, tuhan akan membalasnya tanpa sedikitpun ada perbezaan apa yang dibelanjakan. kita pastikan pas tawan terengganu dengan gemilang sekali lagi. perang saraf perlu dalam dunia moden ini, pas kena sesuaikan senjata dengan zaman. kumpulkan segala kekuatan dan senjata untuk melawan kekuatan musuh pada masa ini. perjuangan rakyat perlu diteruskan untuk menafikan kekuasaan umno yang semakin nazak di terengganu.

semua senjata hendaklah ditumpukan kepada umno dan barisan nasional bukannya menghunus senjata kepada sesama sendiri. hentikan polemik yang terus membodohkan diri sendiri, tak tahu hujung pangkal masih lagi berwirid dengan ug, carilah kebenaran bukan cari kebatilan, jika hati masih mahu mencari kebenaran caridan gali pasti akan ketemu kebenaran tapi kalau hati tak mahu kebenaran walaupun dibentangkan dengan seribu kebenaran hati tetap buta kepada kebenaran. jangan jadi manusia yang merasakan diri mereka terlampau hebat seperti mana iblis bersangka dirinya amat hebat, dan tak mahu tunduk kepada adam.

Ulasan