kerajaan pas 1999-2004

pelbagai tuduhan dilemparkan kepada kerajaan pas negeri terengganu yang berkuasa memerintah 1999 hingga 2004. pelbagai usaha di gerakkan oleh umno untuk melemahkan pengurusan dan pentadbiran kerajaan pas waktu itu. sewaktu memerintah umno melaungkan bahawa kerajaan pas negeri terengganu hanya akan dapat bertahan hanya 3 bulan selepas duit royalti minyak habis dibelanjakan. pas terengganu masih bertahan selepas 3 bulan. umno terus mempergiatkan usaha memburuk burukan usaha usaha pas mewujudkan kerajaan berkebajikan untuk rakyat negeri terengganu. usaha usaha ini terbantas dengan sumber ekonomi utama dirampas. penumpuan untuk melakukan kebajikan terpaksa di pinda mencari dana ekonomi baru dan rompakan royalti tidak pernah terbayang dikepala kerajaan pas negeri terengganu. pas beranggapan umno bangang tak akan menyeksa rakyatnya sendiri tapi itulah yang dilakukan oleh umno bangang negeri terengganu.



antaranya mempekenalkan duit ehsan yang amat berkuasa dan amat rakus membaham rakyat terengganu. umno diperingkat pusat menjalankan kerja usahasama dengan umno bangang negeri terengganu merompak royalti minyak negeri terengganu. kerajaan pas hanya menikmati royalti hanya setahun sahaja. dengan usia yang baru setahun memerintah negeri terengganu, rompakan umno ini berjaya mengkucar kacirkan pengurusan dan pentadbiran negeri terengganu. dengan menarik lebih 500 juta setahun dari tabung perbelanjaan kerajaan terengganu bermakna banyak projek akan dikurangkan dan usaha usaha terpaksa ditumpukan kepada arah lain dahulu. manisfesto yang dilancarkan nampaknya akan berlaku kelompangan kerana ketidakmampuan kerajaan negeri memenuhinya.



kerajaan pas negeri terengganu telah memperkenalkan perbelanjaan berhemah dalam pengurusan dan pentadbiran, ini sedikit sebanyak menimbulkan sedikit keributan dalam kerajaan. umno sudah mengajar pekerja sektor awam berada dalam keadaan mewah walaupun dalam keadaan berhutang, pengurangan perbelanjaan kepada sektor ini sedikit sebanyak melunturkan sedikit kepercayaan rakyat kepada pentadbiran pas terengganu. Pemotongan perbelanjaan kerajaan memberikan kesan kepada penjawat awam diterengganu. duit overtime tidak lagi boleh di tuntut dan digantikan dengan cuti. diwaktu ini umno masukkan jarum fitnah dengan cara yang begitu baik. bisikan untuk menukarkan kerajaan telah mula kedengaran kerana kemiskinan kerajaan baru. urusan kerajaan pas kebanyakan terbantut dengan kekangan duit ini.



walaupun kerajaan pas negeri terengganu ditekan dan dihentam hebat oleh umno tetapi masih mampu melakukan kerja kerja kebajikan walaupun dalam keadaan serba kekurangan dan daif. asakan wang ehsan begitu menggila dan kejayaan projek membahagikan dana ehsan kepada rakyat juga menyebabkan runtuhnya kerajaan pas terengganu. setiap keluarga diterengganu akan menerima lebih dari 2000 sebulan, pecahan duit disalurkan terus menerus dan menyebabkan rakyat terengganu bermewah semasa kerajaan pas memerintah walaupun kerajaan pas miskin. dan kehidupan mewah ini menjadi modal kepada umno untuk terus menghasut rakyat untuk menukar kerajaan dan berjanji kepada rakyat akan terus menyalurkan duit ehsan dengan kadar lebih banyak kerana apabila menjadi kerajaan negeri lebih mudah wang dana dibelanjakan. dan akhirnya kerajaan pas tumbang pada 2004. dan rakyat terengganu berharap hujan emas lebih banyak turun tapi itu hanyalah auta umno dan akhirnya tiada lagi wang ehsan yang diterima, rakyat terengganu tak mampu lagi berbelanja mewah kerana duit dana dah dibaham oleh kroni umno untuk menyiapkan projek yang tidak berfaedah.


"aku cuba menceritakan apa yang terjadi diterengganu 1999-2004 semasa kerajaan pas terengganu memerintah dalam bentuk mudah difahami, aku bukan seorang penulis yang baik dan cuba membaiki dari semasa ke semasa" jika sesiapa mempunyai info yang lebih tepat sila bagi comment atau email semoga kita dapat terus mempertahankan kepimpinan ulamak diterengganu dan kembali merampas kerajaan umno. jangan dengar cakap orang dari lombok dan juga cakap cakap yang tidak mengerti politik terengganu. umno bukan kuat sangat di terengganu, bukannya menang sampai menghilangkan deposit calon pas" kerja kuat dan berdoa dari sekarang kita akan dapat kembali hak kita yg dirampas. pas akan kembali menjadi kerajaan" aku berjuang bukan nak dapat jawatan ceo pun.

Ulasan