kerajaan pas 1999 - 2004

sewaktu pas negeri terengganu menawan serambi madinah, (mengikut kata ayah wan tar) kerajaan negeri pas mencuba sebaik mungkin untuk mentadbir dan mengurus kewangan negeri dan juga mengurus kesejahteraan rakyat jelata terengganu. pas terengganu cuba membawa keluar fahaman fahaman lama yang masih bersarang dalam minda minda rakyat terengganu. banyak perkara baru cuba dilakukan. dan banyak benda yang disabotaj oleh pegawai pegawai kerajaan negeri dengan memberikan maklumat maklumat rahsia kerajaan negeri kepada umno dan barisan nasional. apa juga yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan pas akan cuba diekploitasikan oleh umno. oleh kerana kerajaan amat muda dan mentah, pas terengganu cuba menterjemah apa saja yang berkeupayaan untuk mereka lakukan.



pas terengganu cuba membawa idea idea baru, yang mungkin boleh memberikan keadilan dan kesejahteraan hidup untuk rakyat negeri terengganu. pas cuba membahagikan tanah kepada rakyat rakyat terengganu yang tidak mempunyai tanah. oleh kerana sikap berlembut kerajaan pas kepada jkkk lama menyebabkan ada diantara mereka dilantik menjadi jsr dan akhirnya jsr ini yang menikam dada kerajaan pas terengganu. oleh kerana pemimpin pas tidak mahu dilabelkan sebagai orang yang berdendam maka ia bersifat berbaik sangka dengan umno. dan sikap inilah yang menyebabkan pas tersungkur rebah di pru 2004. inilah yang menjadi modal kepada penulis blog untuk menhentam dan memperlekehkan pas terengganu.



kerajaan pas juga membentuk satu gerakerja yang mungkin tersusun dengan sikap kerajaan yang terlampau mentah dan muda. ramai tenaga kerja dari luar diimport masuk dan meminggirkan tenaga kerja dalaman iaitu orang pas terengganu sendiri. dan pegawai pegawai yang dibawa masuk dari luar terengganu juga memberikan imej yang tidak baik kepada kerajaan pas negeri terengganu. sikap ego dan bodoh sombong menjadikan pegawai tadbir terengganu memboikot apa saja usaha kerajaan pas untuk melaksanakan pengurusan dengan lebih berkesan. dengan sikap lebih sudu dari kuah menyebabkan pegawai import inilah menyebabkan kerajaan pas tidak bertahan lama. banyak sangat kes menjolok mata masyarakat negeri terengganu. (mungkin tulangbesi pun ada memohon jawatan ceo kat kerajaaan pas terengganu waktu itu) kalau tak nafi betullah tu


banyak agenda kerajaan negeri tersekat selepas penarikan balik royalti minyak, dan oleh kerana penarikan balik royalti inilah cukai kharaj cuba diperkenalkan oleh tok guru haji hadi awang. umno dengan hebat memperlekehkan idea ini dan menghasut rakyat bukan melayu dan juga umat islam jangan menerima idea ini. hakikatnya cukai ini akan membawa kemakmuran dan kesejahteraan untuk rakyat dan juga meningkatkan pendapatan kerajaan negeri dari terus bergantung kepada royalti minyak. cukai ini digambarkan zalim dan menindas kerana kerajaan negeri akan memungut hasil cukai yang tinggi. kerajaan pas cuba memberikan penerangan tapi tak mampu kerana serangan umno begitu berkesan kepada rakyat terengganu kerana kehebatan wang ehsan yang disalurkan terus ke tembolok rakyat terengganu. oleh kerana banyak sangat wang ehsan mengisi tembolok rakyat maka susah rakyat menerima apa jua penerangan yang diberikan.

Ulasan

  1. terlalu banyak blog yang memperlekeh pas tganu
    so harap ada kalangan blogger yang tumpukan kerja khusu untuk tangkis fitnah2 puak claka tu
    diaorg tengah nak sebarkan fahaman anti pas tganu
    barua punya bloger donkey

    BalasPadam

Catat Ulasan